web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Negeri Catat Penggunaan Katil ICU Lebih 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 2:44PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil ICU tertinggi dicatatkan di Kelantan iaitu sebanyak 94 peratus dengan 34 daripada 36 katil yang dikhaskan sudah digunakan.

“Selain itu Johor pula sudah menggunakan 69 peratus daripada keseluruhan 54 katil ICU di wad tersebut.

“Sebanyak empat daripada enam katil di Putrajaya juga sudah diisi pesakit COVID-19 manakala Kuala Lumpur pula sudah menggunakan 62 peratus katil yang dikhaskan,” katanya hari ini.

Katanya lagi, Perak dan Melaka pula sudah menggunakan 58 peratus katil yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 90 peratus iaitu di Kelantan dengan 108 peratus, Selangor (101), Putrajaya (95) dan Kuala Lumpur (94).

“Selain itu, lapan negeri lagi merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Perak 87 peratus , Perlis (74), Johor (70), Pahang (66), Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 60 peratus, Terengganu (57) dan Sarawak (56).

“Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, hanya satu negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus iaitu Melaka, 55 peratus,” katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 193 namun peratusan penggunaan alat tersebut adalah sebanyak tujuh peratus.

“Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU,” katanya.

Setakat semalam sebanyak 569 kes atau 36.5 peratus dimasukkan ke hospital, membabitkan kategori 3, 4 dan 5.

Katanya, kira-kira 990 kes atau 63.5 peratus lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad