web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krisis Ukraine-Russia, ‘Double Standard’ Dunia Perlu Dihentikan - MAPIM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 1:02PM

Seorang lelaki berjalan di hadapan sebuah bangunan yang musnah dibedil oleh peluru berpandu Russia di bandar Vasylkiv, berdekatan dengan Kyiv, Ukraine pada 27 Februari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dasar double standard yang diamalkan badan dunia terhadap ketidakseimbangan konflik di beberapa negara berbanding krisis di Ukraine amat dikesali.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, konflik di Palestin, Syria, Yaman, Kashmir, Rohingya atau bangsa Uyghur terlebih dahulu berlaku, namun masih tidak menerima perhatian sewajarnya.

Menurut beliau, semua negara tersebut telah melalui kesengsaraan kemanusiaan bertahun-tahun lamanya akibat kuasa Barat yang membiarkan penindasan berterusan, namun tidak dipedulikan.

“Sementara seluruh dunia bertumpu kepada Ukraine, ironinya Palestin yang nyawa nyawa ikan, Syria dan Yemen, Kashmir, Rohingya dan Uyghur tenggelam dalam lautan darah, malah Afghanistan yang berdepan malapetaka kemanusiaan dibiar tanpa perhatian.

“Nyawa manusia dalam semua konflik tersebut nampaknya lebih murah berbanding di Ukraine. Serangan Russia ke atas Ukraine tidak wajar, akan tetapi ia adalah natijah dari hegemoni kuasa Barat yang sejak awal memprovokasi Russia,” ujarnya.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid

Katanya, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) telah menggembleng seluruh kekuatan atau pengaruh untuk berdepan dengan Russia dan mencurahkan berbilion dolar bagi menggerakkan bantuan kemanusiaan serta persenjataan.

“Akan tetapi negara Syria dan Yemen berdepan kebuluran, Palestin terus ditindas, Kashmir bertarung nyawa dengan tentera India, serta Rohingya dan Uyghur menderita oleh kezaliman penguasa Myanmar dan komunis China.

“Sementara dunia perlu konsisten dengan prinsip menolak kezaliman, mereka harus adil melihat pelbagai konflik lain. Hegemoni kuasa Barat mendalangi banyak konflik dan natijahnya, negara kecil menjadi mangsa, manakala pihak yang paling terjejas ialah rakyat awam,” katanya lagi.

Tegasnya, ketika seluruh kekuatan Barat menyokong Israel menindas Palestin, tiada sebarang tindakan yang signifikan dilakukan untuk kezaliman rejim Zionis itu.

“Begitu juga pemerintah fasis India yang mengganas ke atas warga Jammu Kashmir. Tidak ada tindakan mengumumkan sekatan ekonomi dan ketenteraan ke atas India.

“Menyelamatkan rakyat Ukraine akibat serangan Russia adalah wajar, namun dengan membiarkan puluhan juta warga lain sengsara di atas kezaliman penguasa yang disokong oleh kuasa besar sangat hipokrit,” katanya. - Getaran, 28 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MAPIM Kutuk Pembunuhan Anak, Cucu Pemimpin Hamas 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Pesawat Dari Israel Diserbu Penduduk Dagestan

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad