web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aset, Sukarelawan Ditambah Bantu Mangsa Banjir Terengganu, Kelantan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 9:00PM

Md Shehdi (kiri) bersama Rosli (kanan) pada Majlis Minum Petang dan Penyerahan Aset di Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lebih ramai ahli Jabatan Amal Malaysia ke Terengganu dan Kelantan bagi membantu penduduk terjejas banjir buruk di negeri berkenaan.

Setakat ini, kira-kira 500 petugas jabatan itu bekerjasama dengan agensi penyelamat dalam membantu kerja pemindahan penduduk yang terperangkap akibat bencana terbabit di Hulu Terengganu, Terengganu serta Pasir Mas dan Rantau Panjang, Kelantan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Md Shehdi Hazrik berkata, jumlah ahli itu akan ditambah berdasarkan keperluan dan perkembangan semasa mengikut keadaan banjir di negeri berkenaan.

“Buat masa ini kesemua anggota jabatan amal di negeri yang tidak terbabit banjir sudah diminta bersedia untuk digerakkan ke sana (Kelantan dan Terengganu).

“Saya yakin dengan pengalaman mereka berdepan situasi banjir buruk sebelum ini, anggota kita tidak mengalami masalah untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Minum Petang dan Penyerahan Aset Kepada Jabatan Amal Negeri anjuran Jabatan Amal Malaysia di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari secara dalam talian dan dihadiri Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.

Dianggarkan seramai 5,000 ahli jabatan amal bersama aset strategik bakal digerakkan ke Terengganu dan Kelantan bagi membantu penduduk terjejas banjir yang dilaporkan melanda sejak kelmarin.

Setakat petang tadi, jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu mencecah 4,463 orang, manakala di Kelantan merekodkan seramai 4,443 penduduk di 48 PPS.

Rosli berkata, PAS Pahang juga bersedia menghantar ahli jabatan amal negeri untuk membantu mangsa banjir luar jangka di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kita akan hantar mereka secepat mungkin dan satu pasukan akan dihantar ke Terengganu untuk melakukan penilaian risiko sebelum sukarelawan lain menyusul.

“Situasi (banjir) kali ini agak luar jangka kerana berlaku pada bulan Februari dan kebetulan pula kita ada pilihan raya negeri (PRN) Johor, jadi kita perlu menyusun kekuatan yang ada supaya kedua-duanya dapat kita bantu,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik