web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akibat Banjir, Suami Nekad Bawa Isteri Sarat Hamil Panjat Bumbung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 8:54PM

Perkongsian adik Mohd Saiful Azuar mengenai keadaan keluarganya yang terpaksa memanjat bumbung sementara menunggu bantuan untuk diselamatkan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU TERENGGANU - Demi keselamatan isterinya yang sarat mengandung, seorang lelaki nekad membawa wanita itu memanjat bumbung untuk berlindung apabila rumah mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di sini, hari ini.

Selepas menunggu kira-kira satu jam, mereka dan tiga ahli keluarga akhirnya diselamatkan anggota bomba dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Mangsa, Mohd Saiful Azuar Mohd Amin, 30, berkata, tindakan membawa isterinya memanjat ke bumbung rumah disebabkan beliau cemas apabila paras air mula meningkat sehingga memasuki kediaman pada awal tadi.

“Saya bimbang sebab bateri telefon hampir habis dan kami berlima, termasuk ibu bapa dan seorang adik tiada tempat berlindung.

“Yang saya risau keadaan isteri yang sarat hamil. Kami tak ada pilihan dan naik ke bumbung dengan harapan diselamatkan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Saiful Azuar berkata, dia turut meminta pertolongan adiknya, Nor Hafizah Mohd Amin, 28, untuk berkongsi kisah itu di media sosial supaya mereka segera dibantu.

“Selepas menunggu hampir satu jam di atas bumbung dengan keadaan ketika itu masih hujan lebat, kami sekeluarga dibawa ke PPS berhampiran,” katanya.

Keadaan banjir di daerah ini semakin memburuk, menyebabkan penduduk menggunakan media sosial bagi merayu bantuan untuk diselamatkan.

Pada masa sama, situasi itu menyaksikan 1,001 mangsa daripada 429 keluarga ditempatkan di 16 PPS selepas rumah mereka dinaiki air.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Hulu Terengganu, Kapten Mohd Zabri Abd Razak ketika dihubungi berkata, pihaknya berdepan cabaran dalam usaha menyelamatkan mangsa banjir akibat arus deras ketika ini. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad