web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Sejak 3 Hari Ekoran Cuaca Buruk

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 3:47PM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan ombak besar memukul pantai Pulau Perhentian. - Gambar dari TikTok @yeenso

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BESUT - Seramai 385 pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lepas ekoran cuaca buruk.

Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata keadaan laut bergelora dan angin kencang menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.

“Pelancong-pelancong tersebut menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian. Mereka terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar Terengganu.

“Alhamdulillah keadaan mereka semuanya selamat dan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sekiranya mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia, pelancong terbabit berkemungkinan besar akan dibawa pulang esok memandangkan cuaca di Pulau Perhentian beransur baik hari ini.

“Kita amat bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau keadaan kekal begini, kemungkinan besar esok mereka boleh pulang sekiranya Jabatan Laut Malaysia memberi lampu hijau.

“Jika keadaan memaksa, mungkin kita akan minta kapal-kapal besar daripada maritim (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) ataupun daripada polis marin untuk membawa pelancong keluar dari pulau ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran