Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


43 Kematian Baharu COVID-19, Sabah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 11:03AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 43 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 13 daripada kes kematian itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,634 kes dengan 6,673 daripadanya adalah kes BID.

Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu sembilan kes, diikuti Selangor (8), Johor (7), Perak (6), Kedah (5) manakala Kelantan dan Pahang masing-masing dua.

Sementara itu, Melaka, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur merekodkan satu kes kematian di setiap negeri.

Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 298,976 kes aktif dilaporkan dengan 286,959 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,758 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 7,911 sedang menerima rawatan di hospital.

Sejumlah 348 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 203 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 22,710 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 118,275 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 62,840 dos penggalak, 54,858 dos pertama dan 577 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,748,458 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,948,037 membabitkan golongan dewasa 18 tahun ke atas. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 3 jam yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB