web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarikh Pembukaan Sempadan Negara Sudah Dimuktamad, Tunggu Pengumuman PM - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 8:44PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan sudah menetapkan tarikh untuk pembukaan semula sempadan negara.

Katanya, bagaimanapun, tarikh tersebut akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerajaan sudah ada tarikh pembukaan semula sempadan negara dan ia akan diumumkan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan sempadan negara akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi SOP tersebut sebelum diumumkan.

“Walaupun terdapat peningkatan kes serta bilangan kemasukan ke wad hospital, strategi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan pemberian dos penggalak menunjukkan keberkesanan dalam memberi perlindungan daripada jangkitan lebih teruk.

“Majlis (MPN) ini ambil maklum KKM dalam proses akhir untuk memuktamadkan SOP bagi pembukaan sempadan negara untuk persetujuan Jemaah Menteri.

“Pengumuman pembukaan sempadan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata KKM akan mempertimbangkan cadangan dikemukakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) supaya stok vaksin sedia ada dalam simpanan negara yang hampir luput tarikh disumbangkan kepada negara luar.

Namun, katanya, beliau belum memuktamadkan negara penerima vaksin berkenaan.

“Saya melalui Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menerima laporan setiap minggu berkaitan stok vaksin berkenaan, termasuklah berkaitan tarikh luput.

“Kita tidak pernah buang vaksin berkenaan, semuanya digunakan sebelum tarikh luput.

“Sekiranya perlu, kita akan membuat sumbangan ke negara luar, seperti Bangladesh dan Laos,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad