web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKIA Berdepan Gangguan Bekalan Elektrik Lebih 10 Jam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 8:13PM

Keadaan bangunan KKIA yang gelap akibat terputus bekalan elektrik.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Gangguan bekalan elektrik lebih 10 jam di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam, tidak menjejaskan 26 jadual penerbangan yang berakhir tengah malam tadi.

Pengurus Kanan Malaysia Airports Kota Kinabalu, Sunif Naiman berkata, ia membabitkan 14 penerbangan pelepasan dan 12 ketibaan dengan jadual terakhir adalah pada jam 12.40 tengah malam.

“Sepanjang gangguan berlaku, pihak pengurusan menggunakan set penjana dalaman, selain dua set janakuasa luar,” katanya.

Beliau berkata, semua kemudahan seperti Aeronautical Ground Lighting (AGL) dan Precision Approach Path Indicator (PAPI) tidak terjejas sebelum bekalan elektrik pulih pada jam 3.19 pagi tadi.

Terdahulu, bekalan elektrik di lapangan terbang utama itu dilaporkan terputus kira-kira jam 5 petang, semalam.

Keadaan terbabit menyebabkan bangunan KKIA bergelap dengan lampu hanya berfungsi di tempat tertentu, seperti kawasan pemeriksaan kesihatan, kaunter imigresen dan tuntutan bagasi.

Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial, penumpang diminta menghidupkan lampu telefon bimbit masing-masing ketika hendak turun dari pesawat sebelum masuk ke bangunan KKIA.

Difahamkan, orang ramai terpaksa bergelap sementara menunggu pengumuman penerbangan oleh kakitangan bertugas tanpa menggunakan sistem pembesar suara.

Sehingga jam 2 petang tadi, pihak pengurusan Malaysia Airlines Holdings Berhad (MAHB) belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung punca kejadian tersebut.

Insiden berkenaan bukan pertama kali dilaporkan di KKIA kerana pada tahun 2012, gangguan bekalan elektrik berlaku di situ menyebabkan lampu tidak berfungsi di bahagian landasan kapal terbang.

Keadaan itu mengakibatkan 51 penerbangan terpaksa dilencongkan, ditunda atau dibatalkan selama dua malam dan menjelaskan 6,000 penumpang. - Getaran, 24 Februari 2022

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Pendidikan 41 minit yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad