web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hadap 10 Pertuduhan Liwat, Amang Seksual, Warden Menangis Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 7:50PM

Seorang warden pusat tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kemaman hari ini atas 10 pertuduhan meliwat dan amang seksual.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - Seorang warden pusat tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 10 pertuduhan  meliwat dan melakukan amang seksual terhadap enam pelajar.

Tertuduh, Muhammad Jamil Abdul Kadir, 23, dilihat mengalirkan air mata dan mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap enam pelajar lelaki berusia 11 tahun hingga 13 tahun di pusat tahfiz berkenaan sejak Disember tahun lalu, sehingga awal Februari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nurhanisah SH Sahul Hamid, masing-masing satu di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan dua mengikut Seksyen 14(D).

Dia turut dikenakan empat pertuduhan di bawah Seksyen 14(D), manakala tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin sebanyak RM51,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga dikenakan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes perbicaraan selesai.

Pada masa sama, mahkamah menetapkan 29 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, suspek ditahan polis kerana disyaki meliwat seorang pelajarnya yang berusia 14 tahun pada awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis Chukai.

Menurutnya, pihak pengurusan pusat tahfiz tempat tertuduh bertugas sudah menamatkan perkhidmatannya sebaik mengetahui perbuatan itu dan lelaki terbabit melarikan diri ke Pekan, Pahang, sebelum diberkas polis serta direman seminggu. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Guru Lelaki Disyaki Terbabit Kes Amang Seksual Murid

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad