web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


15 Gerai Makan MPK Terbakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 11:53AM

Deretan gerai milik MPK Klang itu terbakar kira-kira 80 peratus. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Sebanyak 15 gerai makan milik Majlis Perbandaran Klang (MPK) musnah dalam kebakaran di Jalan Besar Pandamaran di sini, awal hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, deretan gerai itu terbakar kira-kira 80 peratus, namun kejadian berkenaan tidak membabitkan kecederaan atau kehilangan jiwa.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 pagi dan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang serta BBP Andalas digegaskan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit dan kebakaran kemudian dipadam sepenuhnya pada jam 5.18 pagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Norazam berkata, operasi memadam kebakaran itu mengambil masa kira-kira dua jam.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian mangsa,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad