web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebimbangan Berakhir, Tiga Beradik Kini 'Rasmi' Warga Negara Malaysia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 6:26PM

Timbalan Pengarah JPN Kedah, Madihah Mohamad (kanan) menyerahkan sijil kelahiran kepada Nursyaliza Hisham, 13, di rumah mereka di Kampung Alor Serdang, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kebimbangan sepasang suami isteri terhadap nasib tiga anak mereka yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri berakhir, apabila sekumpulan pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengunjungi rumah mereka di Kampung Alor Serdang, Kota Sarang Semut dekat sini, hari ini.

Ketiga-tiga kanak-kanak tersebut, Nursyaliza Hisham, 13, Mohamad Sahzrul Danish, 10, dan Nur Eliani, 7, hari ini secara rasmi menerima sijil kelahiran masing-masing diserahkan Timbalan Pengarah JPN Kedah, Madihah Mohamad, tengah hari tadi.

Menurut ibu mereka, Rohariza Che Lah, 42, beliau dan suami, Hisham Zainol, 40, cukup lega melihat bagaimana tiga anak itu kini diiktiraf secara rasmi sebagai warganegara Malaysia.

“Jujur saya katakan, sebelum ini tidur saya memang tidak lena memikirkan masa depan mereka. Sebelum ini memang kami ada menghantar mereka ke sekolah rendah tetapi apabila besar nanti, siapa yang akan mengambil mereka bekerja tanpa sebarang dokumen pengenalan diri?

“Hidup kami dihimpit kemiskinan dengan suami yang juga seorang orang kelainan upaya (OKU) sering berdepan masalah kesihatan. Ada kekangan menyebabkan kami tidak mendaftar kelahiran mereka sebelum ini,” katanya.

Selain tiga anak tersebut, pasangan berkenaan turut memiliki dua lagi anak berusia 16 dan dua tahun. Kedua-dua mereka bagaimanapun telah memiliki kad pengenalan dan sijil kelahiran. 

Tiga beradik yang menerima sijil kelahiran mereka hari ini, (dari kiri) Mohamad Sahzrul Danish, 10, Nursyaliza Hisham, 13 dan Nur Eliani Hisham, 7.
Tiga beradik yang menerima sijil kelahiran mereka hari ini, (dari kiri) Mohamad Sahzrul Danish, 10, Nursyaliza Hisham, 13 dan Nur Eliani Hisham, 7.

Pasangan itu menyara hidup dengan menjual ikan masin dan melakukan kerja kampung. Selain itu, mereka turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM450 sebulan. 

Sementara itu Madihah berkata, pihaknya mendapat tahu mengenai nasib yang menimpa ketiga-tiga kanak-kanak itu setelah dimaklumkan oleh JKM, tahun lalu.

“Walaupun anak-anak ini tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri sebelum ini, kami difahamkan mereka tetap dihantar bersekolah. Daripada situ, guru-guru termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyalurkan maklumat kepada JKM yang kemudiannya memaklumkan kepada kami.

“Kami kemudiannya mengambil inisiatif untuk hadir sendiri ke sekolah kanak-kanak terlibat bagi membuat siasatan. Setelah segalanya selesai, maka kami datang sendiri ke rumah mereka bagi menyerahkan sijil kelahiran ini,” katanya.

Tambahnya sepanjang tahun lalu sebanyak 348 kes lewat daftar dilaporkan di Kedah.

“Kebanyakan kes melibatkan dokumentasi perkahwinan ibu bapa. Selain itu terdapat juga kes berkaitan kesedaran ibu bapa yang rendah selain masalah sosial,” katanya.

Dalam pada itu Mohamad Sahzrul Danish berkata, dia amat gembira setelah menerima sijil kelahiran tersebut yang membolehkannya untuk menyambung persekolahan secara sah.

“Sebelum ini nak ke mana-mana pun ada rasa takut kerana tiada dokumen pengenalan diri. Tetapi sekarang saya rasa macam dah bebas.

“Saya seronok hendak ke sekolah dan mahu belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi mekanik kereta berjaya satu hari nanti,” katanya. - Getaran, 14 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KDN Akan Segerakan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Kewarganegaraan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Kewarganegaraan: Cadangan Pindaan Dipersembah Kepada Majlis Raja-Raja Selepas PRN

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad