web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemeriksaan Rawak Lebih Kerap Sepanjang Cuti Sekolah - Ramli

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 6:43PM

Datuk Ramli Mohamed Yoosuf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis Pahang sudah bersedia menggerakkan pegawai dan anggotanya untuk melakukan lebih banyak pemeriksaan secara rawak di lokasi tumpuan pelancong, ketika musim cuti persekolahan yang bermula 26 Februari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, buat masa ini belum ada keperluan menambahkan jumlah pegawai dan anggota bagi tujuan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan berkenaan.

“Pegawai dan anggota sedia ada masih mencukupi bagi tujuan pemantauan SOP, dan kita percaya mereka boleh menjalankan tugasan itu seperti diarahkan.

“Kalau di Pulau Tioman sebagai contoh, pegawai dan anggota kita memang diarahkan membuat semakan di jeti bagi memastikan hanya mereka yang sudah lengkap vaksin dibenarkan ke pulau itu.

“Begitu juga di Cameron Highlands, mereka akan melakukan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan tidak berlaku pelanggaran SOP yang sudah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pahang Pride Student yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Ramli turut memaklumkan, satu kompaun dikeluarkan polis Pahang kepada pengunjung Pulau Tioman dua hari lalu kerana gagal menunjukkan bukti vaksinasi ketika pemeriksaan dilakukan.

“Setakat ini hanya satu (kompaun) dikeluarkan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain juga ada keluarkan kompaun, tapi saya tidak pasti berapa (kompaun) yang mereka keluarkan.

“Pendekatan polis Pahang masih sama, kita jaranglah keluarkan kompaun, macam di Pulau Tioman itu, kita keluarkan kerana ia membabitkan kesalahan yang sangat terlampau, macam mana boleh lepas ke Pulau Tioman tanpa sijil vaksin,” katanya.

Beliau berkata, polis masih mengambil pendekatan memberi nasihat terlebih dahulu sebelum bertindak mengeluarkan kompaun membabitkan kegagalan pematuhan SOP.

Katanya, pihak polis tidak boleh menghalang orang ramai untuk mengunjungi kawasan tumpuan pelancongan kerana itu adalah hak mereka, tetapi semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan aspek pematuhan SOP sentiasa diberi keutamaan. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran