web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


367 Kluster Pendidikan Dilapor Sejak 1 Januari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 2:41PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 367 kluster pendidikan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) bermula 1 Januari hingga 19 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 346 kluster pendidikan masih aktif manakala 21 lagi sudah tamat.

“Trend mingguan kluster pendidikan telah menunjukkan peningkatan yang ketara daripada Minggu Epidemiologi (ME) 1/2022 sehingga ME 7/2022.

“Walau pun terdapat trend penurunan pada ME 5/2022 disebabkan cuti perayaan Tahun Baharu Cina, namun, trend ini dilihat kembali meningkat pada ME 6/2022 dan ME 7/2022 berkadaran dengan peningkatan kes yang ketara di seluruh negara,” katanya.

Menurut beliau, Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 54 kluster, diikuti Selangor (49), Pahang (38) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (37) dan 34 di Sabah.

“Siasatan mendapati 328 kluster atau 89.4 peratus dengan kes indeks adalah pelajar, 31 kluster atau 8.5 peratus melibatkan guru dan pensyarah, enam kluster (1.6 peratus) pula terdiri daripada kakitangan sokongan pusat pendidikan serta baki dua kluster lagi ialah (0.6 peratus) dengan kes indeks adalah keluarga,” katanya.

Dr Noor Hisham memaklumkan, majoriti kes dilaporkan adalah kategori gejala ringan atau tiada gejala dengan pecahan 12,579 kes (76.4 peratus) dalam kategori dua, 3,850 (23.4 peratus) kategori satu dan 35 kes di bawah kategori tiga serta empat.

“Sekolah menengah melaporkan kluster paling tinggi, iaitu 232, diikuti kolej (68),  sekolah rendah (25), universiti (22) dan prasekolah (20).

“Kesemua 257 sekolah terbabit adalah milik pelbagai pihak, termasuk Kementerian Pendidikan (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan maahad tahfiz,” katanya.

Sehingga 19 Februari lalu, katanya, 232 kluster membabitkan sekolah menengah dan 25 kluster sekolah rendah dilaporkan masih aktif.

Sementara itu, 107 sekolah atau 42.3 peratus ditutup sementara untuk pembersihan dan dijadikan tempat kuarantin, manakala 150 sekolah (58.4 peratus) hanya melibatkan penutupan kelas.

“Siasatan menunjukkan punca utama jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kalangan warga pendidikan melibatkan pelbagai perkara, termasuk ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam dan luar waktu pengajian, terutama di asrama atau di rumah sewa pelajar,” katanya. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad