web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PICKids Cecah 15.9 Peratus, Pendaftaran Lepasi Angka Sejuta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 11:02AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 564,220 individu atau 15.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID -19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 14,078,456 atau 59.8 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,945,040 atau 97.5 peratus sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Seramai 23,222,810 atau 98.7 peratus individu pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,132 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap vaksinasi, manakala 2,886,655 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 137,307 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 52,804 dos pertama, 1,024 dos lengkap dan 83,479 suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,289,382.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan, pendaftaran kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bagi mendapatkan vaksin dalam Program PICKids, kini sudah melepasi sejuta atau 28 peratus daripada jumlah populasi golongan berkenaan di negara ini.

Beliau turut berharap supaya ibu bapa tidak mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ dalam membawa anak mereka mengambil suntikan berkenaan. - Getaran, 22 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

2

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Tarikh Pendaftaran Peperiksaan SPM 2023 Untuk Calon Persendirian Dilanjutkan

3

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Semua Sekolah Agama Perlu Berdaftar Sebagai SABK Untuk Layak Terima Bantuan - Fadhlina

4

Politik 3 tahun yang lalu

Muafakat Nasional Diasaskan Annuar Buka Pendaftaran Keahlian

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad