web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muafakat Nasional Diasaskan Annuar Buka Pendaftaran Keahlian

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 2:55PM

Muafakat Nasional adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukan sebuah parti politik - Tangkapan layar laman web Muafakat Nasional

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendaftaran Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan mantan pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Annuar Musa dibuka mulai hari ini.

Setiausaha Kerja MN, Datuk Mohd Irwan Rizal berkata, MN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukan sebuah parti politik.

Menurutnya, pendaftaran keahlian MN dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia berusia 18 tahun tahun ke atas, merentasi latar belakang.

“Pendaftaran keahlian MN dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira agama dan kaum, selaras dengan matlamat penubuhan MN. 

“Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah, perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah,” katanya hari ini.

Annuar berkata, pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian bagi memudahkan semua individu yang berminat untuk mendaftar.

“Pendaftaran tersebut boleh dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang rasmi MN iaitu muafakatnasional.org.my.

“Pendaftaran keahlian MN juga dibuka secara atas talian bagi memudahkan pihak yang berminat untuk mendaftar, dan maklumat lanjut mengenai MN boleh diperolehi melalui
 Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok,” katanya.

Menurut Annuar Musa, MN bukanlah sebuah badan politik sebaliknya hanya menjalankan kerja-kerja NGO - Gambar Fail
Menurut Annuar Musa, MN bukanlah sebuah badan politik sebaliknya hanya menjalankan kerja-kerja NGO - Gambar Fail

Berdasarkan maklumat di laman web berkenaan, antara aktiviti bakal dianjurkan MN merangkumi sesi sidang meja bulat bersama tokoh masyarakat dalam pelbagai bidang serta kepakaran.

Ini termasuk penganjuran jelajah dan seminar tertutup di setiap negeri bagi membawa semangat muafakat, serta mempromosi keahlian MN serta konvensyen bertaraf nasional.

Sebelum ini, Annuar mengumumkan pembentukan sebuah NGO, dikenali sebagai Muafakat Nasional dengan dirinya dilantik sebagai Presiden pertubuhan tersebut.

Bagaimanapun menurut beliau, MN bukanlah sebuah badan politik sebaliknya hanya menjalankan kerja-kerja NGO. 

“(Jadi) Tidak berbangkit soal MN menyertai pilihan raya. MN boleh diaktifkan untuk menjalankan aktiviti yang selari dengan perlembagaannya,” katanya ketika menjelaskan penubuhan MN di Facebook tempoh hari. - Getaran, 11 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

3

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar