web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


43 Kematian Baharu COVID-19, Johor, Selangor Catat Angka Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 10:38AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 43 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 13 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,390 dengan 6,586 daripadanya adalah kes BID.

Selangor dan Johor masing-masing merekodkan 10 kematian baharu pada Isnin dengan empat daripada jumlah keseluruhan di Selangor adalah BID, manakala Johor mencatatkan satu kes.

Kedah melaporkan tujuh kematian baharu dengan empat daripadanya adalah BID manakala Kelantan (dua kematian, satu BID), Sabah (lima kematian, satu BID), Pulau Pinang (dua kematian, satu BID), manakala Pahang mengesahkan dua kematian.

Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan satu kematian.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 258,985 kes aktif dilaporkan dengan 245,875 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,055 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 7,783 sedang menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 108 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 164 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak  17,749 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 137,307  dos vaksin diberikan semalam, iaitu 83,479  dos penggalak, 52,804 dos pertama dan 1,024 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,744,172 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik