web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Protes Depan Parlimen, Fahmi Reza Kembali Ke Jalanan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 1:57PM

Sekumpulan penunjuk perasaan melancarkan protes terhadap kerajaan berhadapan bangunan Parlimen. - Gambar dari Twitter Fahmi Reza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belum reda isu disiasat pihak polis akibat dua hantaran di media sosial, artis grafik penuh kontroversi, Fahmi Reza sekali lagi kembali ke lapangan bersama ‘aktiviti’ baharu.

Pemuda berkenaan hari ini dilihat menyertai sekumpulan individu melancarkan protes terhadap kerajaan berhadapan bangunan Parlimen, sebagai desakan untuk sidang Dewan Rakyat diadakan walaupun darurat masih dilaksanakan.

Menerusi satu gambar yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, protes berkenaan dilihat turut disertai sekumpulan belia yang membawa sepanduk bertulis kata-kata membantah tindakan kerajaan.

Antara lain, kumpulan terbabit menggunakan tanda pagar #BukaParlimen sebagai desakan untuk sidang Dewan Rakyat diadakan, serta beberapa ‘cemuhan’ lain yang mengungkap senario terkini melatari pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia turut mencakupi isu lompat parti di kalangan ahli parlimen dari blok Pakatan Harapan (PH) dan gesaan untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan disandangnya itu.

Menerusi ciapannya Fahmi berkata, adalah satu keganjilan apabila semua premis termasuk sekolah dan pasar malam dibenarkan untuk beroperasi sedangkan Parlimen masih ditutup.

Seorang penunjuk perasaan memegang sepanduk tertera mesej menggesa supaya Parlimen dibuka. - Gambar dari Twitter Fahmi Reza
Seorang penunjuk perasaan memegang sepanduk tertera mesej menggesa supaya Parlimen dibuka. - Gambar dari Twitter Fahmi Reza

“Nak tunggu pintu belakang buka?,” katanya.

Fahmi pada Rabu lalu diminta memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan polis kerana memuat naik dan berkongsi kandungan yang bersifat palsu, jelik serta mengancam di media sosial.

Dalam ciapan di Twitter Fahmi memberitahu, beliau disoal siasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan dua hantaran berunsur fitnah di akaun media sosial miliknya.

“Aku dituduh memfitnah Kementerian Kesihatan dengan karya grafik satira aku. Aku akan lawan tuduhan ini,” tulisnya.

Dalam notis yang turut dipaparkan bersama, arahan untuk soal siasat terbabit dikeluarkan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah, membabitkan dua hantaran pada 4 Oktober 2020 dan 15 Februari tahun ini.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Getaran, 14 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad