web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sediakan Mekanisme SOP Terbaik, Mudahkan Pemilih Positif COVID-19 Mengundi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 6:15PM

BERSIH meminta SPR merangka mekanisme terbaik supaya pengundi yang disahkan positif COVID-19 masih boleh mengundi pada PRN Johor, 12 Mac ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merangka mekanisme terbaik bagi memastikan pemilih dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, biarpun disahkan positif COVID-19.

Jurucakap Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata, berdasarkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan SPR, pemilih yang positif COVID-19 tidak dibenarkan keluar membuang undi mereka.

Katanya, penetapan itu adalah satu pelanggaran Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada pemilih untuk mengundi.

“Pengundi berstatus individu yang disyaki (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS) juga masih perlu memohon kepada Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk keluar mengundi, selain bergantung kepada penilaian PKD untuk dibenarkan melaksanakan hak mereka itu.

“Kebenaran mengundi atau tidak mengundi bukanlah kuasa PKD atau polis untuk menentukannya kerana Perlembagaan Persekutuan sudah pun memberikan hak kepada mereka (pemilih),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

BERSIH berkata, SPR dan Kementerian Kesihatan (KKM) digesa supaya memberikan penjelasan segera, sama ada SOP ditetapkan itu akan menghalang pengundi positif COVID-19 dan PUI atau PUS untuk mengundi atau sebaliknya.

“Sekiranya ya, BERSIH menggesa untuk SPR dan KKM membenarkan mereka membuat pilihan untuk mengundi serta menyediakan kemudahan bersesuaian,” katanya.

Mengulas lanjut, BERSIH mengalu-alukan kelonggaran SOP untuk calon dan parti politik mengadakan kempen secara fizikal menerusi ceramah, kunjungan rumah ke rumah, pengedaran risalah serta penggunaan pembesar suara.

Jelasnya, kelonggaran itu adalah penambahbaikan dan penting agar pengundi memperoleh maklumat secukupnya mengenai calon atau parti yang akan mereka undi.

Menurut BERSIH, bagaimanapun pihaknya berpandangan bahawa penganjuran ceramah tidak seharusnya dihadkan di bilik gerakan atau pejabat parti atau kepada calon tertentu.

Ujarnya, bukan semua ruang bilik gerakan atau pejabat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) memiliki ruang besar atau lapang kerana ada antaranya yang sempit.

Pada masa sama, BERSIH berkata, pihaknya menggesa SPR membenarkan penganjuran ceramah fizikal di kawasan lapang, seperti padang atau tempat parkir kenderaan yang luas dengan menetapkan SOP ketat, seperti pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair sanitasi tangan dan penjarakan fizikal satu meter.

“Walaupun kami memahami keperluan untuk permohonan permit ceramah daripada polis, kami berpandangan bahawa pemberian notis sudah mencukupi bagi makluman polis, sebelum aktiviti terbabit diadakan.

“Kami mencadangkan agar pemberian notis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam sebelum ceramah dianjurkan. Sebarang pertindihan perlu mengutamakan pihak yang menghantar notis terlebih dahulu,” katanya.

Selain itu, BERSIH memaklumlan, penetapan SOP supaya pengundi di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membuat permohonan kebenaran kepada pihak polis sebelum ke pusat pembuangan undi, tidak diperlukan.

“Cukup sekadar mereka menunjukkan keputusan kit ujian pantas (RTK-Antigen) yang negatif dan dokumen, seperti semakan daftar pemilih MySPR bagi membuktikan bahawa mereka pengundi PRN Johor.

“Dengan ini, beban kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berkurangan dan anggotanya boleh membantu SPR dalam penguatkuasaan sepanjang pilihan raya,” katanya. - Getaran, 19 Februari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad