web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bazar Aidilfitri Jalan TAR, Beroperasi Seperti Biasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 1:53PM

Pada tahun ini, bazar Aidilfitri di Lorong TAR mempunyai 216 petak niaga dan bakal beroperasi selama sebulan bermula 1 Ramadan ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR), di sini akan beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata bagaimanapun pihaknya akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar berkenaan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.

"Namun, pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan menetapkan penjarakan fizikal antara gerai penjaja tetap dilaksanakan," katanya pada pemberita selepas melancarkan Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 di Panggung Anniversari, di sini hari ini.

Tahun ini, Bazar Aidilfitri di Lorong TAR mempunyai 216 petak niaga dan bakal beroperasi selama sebulan bermula 1 Ramadan ini.

Mahadi berkata walaupun terdapat kelonggaran SOP, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya berlaku ketidakpatuhan sehingga berlakunya penularan COVID-19 di kawasan tersebut.

"Kalau berlaku pada tahap perlu ditutup, maka kita terpaksa menutupnya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam mematuhi SOP dan tidak menjadi kepada penyebaran kluster baharu," katanya.

Beliau berkata DBKL juga sedang menguruskan permohonan daripada persatuan penjaja yang berhasrat mengadakan Bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mahadi berkata penganjuran Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 bertujuan menerapkan konsep perpaduan dan persefahaman antara warga kota yang berbilang kaum selain menyahut seruan kerajaan bagi menyediakan aktiviti dan program bersesuaian dengan norma baharu.

"Ia juga dapat mengaktifkan aktiviti pelancongan domestik sekali gus menarik minat penyertaan dalam kalangan warga ibu kota," katanya.

Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 berlangsung dua hari bermula hari ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur 2022 dengan pelbagai program dianjurkan antaranya pertandingan KUL Sign Grafiti, Mr Fit Kuala Lumpur, Mini Konsert HWP 2022, e-sukan, kolaj pakaian dan aktiviti keceriaan kanak-kanak.- Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 17 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad