web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


OKT Positif COVID-19, Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 12:12PM

Polis mengesahkan seorang lelaki warga tempatan iaitu OKT meninggal dunia di wad COVID-19 di Hospital Kota Tinggi, Johor, semalam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) yang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi akibat positif COVID-19, disahkan meninggal dunia, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, siasatan mendapati individu tersebut mengalami demam dan muntah ketika dalam tahanan, sebelum dihantar ke hospital, Rabu lalu.

“Hasil ujian saringan dilakukan mengesahkan OKT berusia 43 tahun itu positif virus terbabit sebelum ditahan di wad COVID-19 untuk rawatan lanjut.

“OKT berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 4.15 pagi dan punca sebenar kematiannya masih belum diketahui,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Azri, terdahulu OKT itu ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi membabitkan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 21 Januari lalu.

“Reman dibenarkan selama empat hari dan OKT sudah dituduh di Mahkamah pada 25 Januari 2022.

“OKT ditawarkan ikat jamin, namun gagal membayarkan, menyebabkan dia diperintah untuk menjalani tahanan penjara. Tarikh sebutan ditetapkan pada 1 Februari lalu dan perbicaraan dijadualkan pada 28 Februari ini.

“Bagaimanapun OKT ditumpangkan sementara di lokap polis ekoran penularan COVID-19 di penjara,” katanya.

Azri berkata, unit siasatan jenayah dan kematian dalam tahanan (USJKT) JIPS akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes kematian berkenaan. - Getaran, 18 Februari 2022.
 

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja