web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


36 Kematian Baharu Akibat COVID-19, 11 BID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 11:26AM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi adalah 32,276, dengan 6,551 adalah kes BID. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 36 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 11 daripada kes kematian itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu membawa kepada jumlah kumulatif kematian akibat virus itu adalah 32,276, dengan 6,551 adalah kes BID.

Johor mencatat kes kematian baharu tertinggi dengan 11 kes, diikuti masing-masing enam di Sabah dan Selangor, manakala Kedah (4) serta Perak (3).

Pulau Pinang melaporkan tiga kematian baharu, disusuli masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 233,065 kes aktif dilaporkan dengan 219,696 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,476 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 7,658 menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 103 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 132 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 12,488 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 158,399 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 113,593 dos penggalak, 43,236 (dos pertama) dan 1,570 (dos lengkap).

Setakat ini, kira-kira 25,741,669 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi.- Getaran, 19 Februari 2022
 

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 3 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja