web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Paksa Kanak-Kanak Vaksin - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 8:37PM

Ismail Sabri bercakap selepas menyempurnakan Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak memaksa ibu bapa mendapatkan vaksin untuk anak mereka menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), biarpun peratusan golongan itu yang menerima imunisasi terbabit masih rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ibu bapa masih diberi pilihan sama ada mahu membawa anak menerima suntikan berkenaan atau sebaliknya, walaupun segelintir pihak menganggap pelaksanaan program itu sebagai paksaan kerajaan untuk memastikan kanak-kanak divaksin.

“Kita sudah bincangkan perkara ini dalam Kabinet. Memang tidak ada paksaan untuk kanak-kanak divaksin. Malah, bagi dos penggalak untuk dewasa tidak pernah ada paksaan.

“Tetapi, kita tahu program vaksinasi untuk kanak-kanak ini perkara baharu.

“Biasalah, bila sesuatu perkara baharu, orang ramai mungkin ada rasa takut, sama seperti ketika pemberian vaksin dos pertama di peringkat awal dulu, ada yang takut hendak ambil, tetapi lama kelamaan orang mula beramai-ramai nak ambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, setakat ini penerimaan masyarakat terhadap vaksinasi semakin meningkat sama ada bagi kanak-kanak, mahupun dos penggalak untuk dewasa.

Pada masa sama, beliau tidak menafikan wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mendapatkan vaksin, berikutan terlalu banyak cerita tidak sahih disebarkan.

“Saya tidak salahkan rakyat sebab memang ada yang takut jika ada benda tidak baik berlaku pada anak mereka. Tidak mengapa, saya tekankan di sini, tiada paksaan.

“Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memberi jaminan tidak ada isu atau kesan buruk daripada pengambilan vaksin ini, ia tetap terserah kepada rakyat,” jelasnya.

Sehingga semalam, 9.6 peratus atau 341,960 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui PICKids. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi