web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Disyaki Beri Kontrak Lumayan Kepada Ahli Keluarga, Guru Besar Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 6:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini, selepas disyaki melantik syarikat milik keluarganya untuk mendapatkan kontrak pembekalan bernilai RM36,000.

Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu dipercayai melantik syarikat milik isteri dan adik kandungnya untuk menguruskan pembekalan di sekolah tempat suspek bertugas di daerah ini.

Sehubungan tindakannya itu, guru besar terbabit diminta hadir ke pejabat SPRM Kota Kinabalu pada jam 10 pagi tadi, bagi membantu siasatan sebelum ditahan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah dalam masa terdekat,” katanya.

Karunanithy memaklumkan, guru besar dan pengetua antara penjawat awam yang berada dalam pengawasan SPRM berhubung kes salah laku serta rasuah.

“Sebagai rekod, bermula 2019 hingga awal tahun ini, seramai 15 orang pengetua dan guru besar ditahan serta dituduh di bawah Akta SPRM 2009.

“Dua daripada mereka dijatuhkan hukuman kerana didapati bersalah,” katanya.

Sehubungan itu, Karunanithy mengingatkan kepada guru besar, pengetua dan warga pendidik agar tidak menyalahguna jawatan, selain sentiasa memikul amanah dengan integriti tinggi. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan