web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Timbalan Pengarah Air Sabah Lepas Tanpa Bebas, Dikompaun RM30 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 3:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Teo Chee Kong, 56, atas 146 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM32 juta.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan pihaknya dan Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan semua pertuduhan terhadap Chee Kong.

Mahadi berkata ini berikutan tertuduh telah menghantar representasi berhubung pertuduhan itu kepada Jabatan Peguam Negara dan SPRM.

Pada 13 Disember 2017, Chee Kong mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu.

Dia didakwa melakukan pengubahan wang haram melalui penerimaan wang rasuah yang melibatkan projek di Jabatan Air Negeri Sabah sejak 2010 hingga 2016.

Kes itu pada peringkat perbicaraan dengan pihak pendakwaan telah memanggil lima saksinya untuk memberi keterangan.

Teo Chee Kong
Teo Chee Kong

Sementara itu dalam sidang media selepas prosiding itu Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Datuk Faridz Gohim Abdullah berkata kompaun sebanyak RM30 juta dikenakan terhadap tertuduh.

Faridz Gohim berkata tindakan SPRM mengenakan kompaun itu adalah satu bentuk pemulangan aset di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAM) 2001.

Beliau berkata kompaun itu merupakan hukuman atau tindakan punitif terhadap tertuduh dan secara tidak langsung sebagai satu pengakuan salah.

“Dengan jumlah ini ia merupakan satu kejayaan kepada pihak pendakwaan dan sekiranya tertuduh tidak membayar kompaun, dia akan didakwa penuh dalam mahkamah,” katanya.

Beliau berkata keputusan ke atas Chee Kong itu tidak menjejaskan kes tiga individu lain (termasuk Awang Mohd Tahir Mohd Talib) yang turut menghadapi pertuduhan berkaitan.

Pada 4 Oktober 2016, Chee Kong bersama bekas pengarah jabatan itu, Awang Mohd Tahir Mohd Talib ditahan SPRM dan selepas menggeledah pejabat dan kediaman kedua-dua suspek, SPRM menemukan wang tunai RM52 juta iaitu RM7 juta milik Chee Kong manakala RM45 juta milik Awang Mohd Tahir.

Turut ditemukan adalah barangan kemas, wang tunai di dalam beberapa akaun di luar negara serta geran-geran tanah yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM180 juta termasuk wang tunai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 9 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad