web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sabah Catat 3 Kluster Baharu Institusi Pendidikan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 7:25PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sabah merekodkan 41 kluster aktif setakat ini, dengan 31 daripadanya melibatkan institusi pendidikan.

Institusi berkenaan turut mencetuskan tiga lagi kluster baharu hari ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ketiga-tiga kluster itu direkodkan di Kota Belud dan Ranau.

Menurut beliau, kluster baharu di Kota Belud ialah Kluster Batu Enam, yang tercetus selepas seorang pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 2 disahkan positif, ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kota Belud, 10 Februari lalu.

“Saringan kontak rapat mendapati, terdapat 18 lagi individu yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas kes indeks berkenaan dijangkiti virus tersebut,” katanya hari ini.

Masidi memberitahu, Kluster Jalan Sugut, Ranau pula tercetus selepas seorang guru wanita berusia 39 tahun disahkan positif COVID-19 melalui saringan pada 7 Februari lalu.

“Saringan kontak rapat yang dijalankan ke atas warga SMK Ulu Sugut menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti COVID-19 sebanyak 49 kes, setakat hari ini.

“Satu lagi kluster melibatkan institusi pendidikan di Ranau membabitkan warga SMK Kemburongoh, iaitu kluster Kemburongoh 2,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kes indeks kluster berkenaan melibatkan pengawal keselamatan sekolah itu, yang disahkan positif COVID-19 selepas menjalani saringan pada 7 Februari.

“Saringan kontak rapat yang dijalankan mendapati 53 lagi individu turut positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kluster tersebut ialah 54 kes setakat hari ini,” katanya.

Difahamkan, semua kes telah dihantar ke pusat kuarantin dan diberikan rawatan selanjutnya, malah arahan kuarantin turut diberikan kepada kontak rapat yang tidak bergejala. - Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad