web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup 73,000 Rokok Gagal, Juruteknik Pendawaian Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 4:48PM

Sebahagian rokok tanpa cukai dipercayai rokok seludup yang dirampas polis dalam Op Kontraban, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Cubaan seorang lelaki untuk membawa keluar lebih 73,000 batang rokok seludup ke Kuala Lumpur, gagal selepas dia dicekup sepasukan polis di pintu gerbang Ayer Keroh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Christopher Patit berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang dalam Op Kontraban selepas pergerakannya diekori polis.

Beliau berkata, suspek yang juga juruteknik pendawaian sambilan ditahan di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya.

“Hasil pemeriksaan di dalam MPV terbabit, polis menjumpai 492 karton atau 73, 056 batang rokok tanpa cukai, dipercayai diseludup.

“Kesemua rokok itu dianggarkan bernilai RM40,000, malah semakan juga mendapati MPV dipandu suspek turut menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mengesahkan bahawa suspek berperanan sebagai transporter untuk mengambil dan menghantar rokok itu ke Kuala Lumpur.

“Suspek yang menetap di Kuala Lumpur dikatakan dihantar ke Melaka untuk memandu MPV tersebut yang sudah siap diisi dengan rokok dan diletakkan di kawasan parkir di Malim.

“Dia menerima bayaran sebanyak RM200 untuk setiap penghantaran dan kegiatan ini dipercayai mulai aktif sejak Oktober tahun lalu,” katanya.

Christopher berkata, lokasi penghantaran rokok hanya akan diberitahu kepada suspek sebaik dia berjaya melepasi Plaza Tol Sungai Besi.

“Arahan diterima oleh suspek menerusi panggilan telefon menggunakan nombor disyaki dari negara jiran iaitu Singapura.

“Suspek kini direman selama tiga hari sehingga 19 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya. - Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

3

Semasa 3 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad