web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rangkaian Borong Tunggal Untuk 5G Lebih Baik Untuk Malaysia - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 12:54PM

Haan percaya model SWN lebih sesuai untuk pelancaran 5G di Malaysia. - Gambar oleh A Azim Idris

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rangkaian 5G yang dibekalkan oleh rangkaian borong tunggal (SWN) adalah lebih baik buat Malaysia kerana model yang lain untuk pelancaran akan mengelirukan pemegang taruh dan pengguna, kata seorang penasihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Brett Haan, penasihat kepada PBB mengenai strategi dan dasar 5G dan Kementerian Ekonomi Brazil, berkata, walaupun pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah membangkitkan beberapa kebimbangan termasuk kesan domino kegagalan rangkaian kerana sumber tunggal boleh difahami, sektor telekomunikasi swasta juga boleh melihat model itu sebagai kemudahan asas buat rakyat.

“Mereka boleh melihat perkara ini sebagai satu kemudahan, seperti pelabuhan dan lapangan terbang.

“Sebuah lapangan terbang adalah satu infrastruktur dengan syarikat penerbangan seperti Emirates, Qatar, Singapore dan Malaysia Airlines. Jadi ada satu infrastruktur yang diuruskan dan dioperasikan oleh kerajaan dan entiti ini harus telus dalam melaporkan kepada kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain.

“Jika sebuah lapangan terbang tutup, rakyat akan melaporkannya dengan pantas,” katanya dalam satu taklimat kepada media di Hotel Mandarin Oriental, semalam.

Terdahulu penganalisa dilaporkan berkata, rangkaian dwi borong dicadangkan oleh MNO tidak mampu menandingi tawaran 20 sen atau lebih murah per gigabait yang ditawarkan Digital Nasional Berhad (DNB).

Walaubagaimanapun, para penganalisa berkata sebuah konsortium yang terdiri daripada Maxis Bhd, Digi Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan Axiata Bhd telah berdiam diri mengenai caj yang akan dikenakan kepada pengguna.

Mereka berkata, adalah tidak mungkin semua syarikat itu mampu menandingi tawaran DNB kerana mereka perlu melabur dengan besar dalam membangunkan infrastruktur.

Strategi SWN sedang ditentang oleh syarikat telekomunikasi atas pelbagai sebab, termasuk kebimbangan tidak mengawal rangkaian DNB, kebimbangan kegagalan titik tunggal, serta perlu mempercepatkan pelunasan berbilion-bilion yang dibelanjakan untuk infrastruktur 4G mereka.

Ia juga didorong oleh kemungkinan kemunculan pesaing baharu yang memanfaatkan kos permulaan yang rendah rangkaian tersebut.

Hann menyebut perkara ini selepas mengadakan ceramah bersama media yang bertajuk An Expert’s Perspective: 5G Policy and Strategy for a Rapid National Deployment.

Beliau berkata, memahami kebimbangan MNO dengan SWN yang disediakan DNB, akan merubah model perniagaan untuk syarikat telekomunikasi.

“Tetapi ini adalah satu peluang buat syarikat telekomunikasi untuk bekerja dengan pemain yang inovatif dan perusahaan dalam sektor berlainan.”

Hann yang turut berkhidmat sebagai penasihat kepada beberapa kerajaan dan firma swasta di United Kingdom, Afrika Selatan, Arab Saudi dan Mexico, berkata, secara peribadi beliau percaya yang model dwi borong akan menyebabkan lebih banyak kekeliruan.

“Siapa yang akan bertanggungjawab untuk apa dalam model rangkaian dwi borong?”

“Lagi satu isu dengan model dwi adalah jika kita melaksanakannya untuk empat atau lima tahun.

“Kita akan terpaksa memisahkannya daripada syarikat, yang merupakan pemisahan struktur berfungsi, dan perkara itu tidak pernah berjalan dengan mudah.

“Pemisahan struktur berfungsi itu amat susah untuk dilaksanakan. Jadi ia akan mencipta kekeliruan dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata model SWN untuk 5G di Malaysia adalah perbincangan yang berbaloi kerana matlamat utamanya adalah untuk mencapai kestabilan infrastruktur.

Hann menambah, memiliki infrastruktur bersama akan menggalakkan pertumbuhan dan persaingan sektor perkhidmatan, tetapi akhirnya, keputusan untuk melaksanakan SWN bagi rangkaian 5G nasional dibuat oleh kerajaan.

“Amat penting buat kerajaan mewujudkan keyakinan dalam inisiatif ini, dan bekerjasama dengan MNO, kerajaan yang lebih besar dan perusahaan swasta dan juga pemegangan taruh supaya rakyat Malaysia nampak faedah model ini,” katanya. - The Vibes, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Had Umur 16 Tahun Untuk Guna Media Sosial Bukan Sekatan, Tapi Perlindungan - Pakar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran