Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


1 Daripada 9 Wanita, 1 Daripada 10 Lelaki Mungkin Hidap Kanser

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 12:39PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu daripada sembilan wanita dan satu daripada 10 lelaki di negara ini berkemungkinan menghidap kanser.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata statistik Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, terdapat peningkatan sebanyak 11 peratus atau 115,238 untuk kes kanser, bagi tempoh 2012 hingga 2016, berbanding 103,507 kes bagi tempoh 2007 hingga 2011.

Menurut beliau, kanser adalah penyebab utama kematian di hospital swasta iaitu 34.95 peratus dan punca keempat terbesar di hospital milik KKM, pada kadar 11.56 peratus.

Selain itu, katanya, sebanyak 63.7 peratus daripada keseluruhan kes kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat iaitu Tahap 3 dan 4 serta memerlukan kos rawatan tinggi, malah peluang untuk sembuh juga lebih rendah berbanding jika ia dikesan pada tahap awal.

“Kanser juga merupakan antara sepuluh sebab utama kemasukan ke hospital KKM (5.17 peratus) dan hospital swasta (5.37 peratus).

“Penerbitan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pada tahun 2020, kanser menyumbang 14.8 peratus kepada punca kematian, menjadikan ia faktor kedua selepas penyakit jantung iaitu 17 peratus,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika Majlis Perasmian Hari Kanser Sedunia 2022 yang turut disiarkan secara langsung di Facebook KKM.

Khairy berkata, tiga kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia dalam kalangan lelaki adalah kanser kolorektal atau usus besar sebanyak 16.9 peratus, kanser paru-paru (14.8 peratus) dan kanser prostat (8.1 peratus).

Dalam kalangan wanita pula, kanser payudara adalah penyumbang terbesar sebanyak 33.9 peratus diikuti dengan kanser kolorektal (10.7 peratus) dan kanser serviks (6.2 peratus).

“Kadar kelangsungan hidup relatif bagi pesakit kanser setelah lima tahun menghidap penyakit itu adalah 11.0 peratus untuk kanser paru paru, kanser kolorektal (51.1 peratus), kanser serviks (51.6 peratus) kanser payudara (66.8 peratus) dan 73.0 peratus bagi kanser prostat.

“Tahap kanser semasa penyakit ini dikesan menyumbang kepada kadar kelangsungan hidup pesakit,” katanya lagi.

Khairy memaklumkan, kerajaan pada tahun telah memperuntukkan RM136,993,700.00 untuk Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi.

Jumlah tersebut katanya, tidak termasuk kos lain seperti pengimejan dan makmal untuk pengesahan diagnosa, pembedahan dan anestesiologi, serta rehabilitasi atau perkhidmatan paliatif.

“Kajian menunjukkan 30 peratus hingga 50 peratus kanser boleh dicegah dengan pembudayaan hidup sihat.

“Satu pertiga daripada kematian akibat kanser adalah dikaitkan dengan lima amalan cara hidup berisiko iaitu pengambilan tembakau (termasuk merokok), berat badan berlebihan, pengambilan alkohol secara berlebihan, kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, serta tidak aktif secara fizikal,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, promosi kesihatan adalah penting sebagai langkah kesedaran agar orang ramai cenderung membudayakan gaya hidup sihat.

“Promosi pembudayaan hidup sihat juga adalah antara teras utama dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat yang dilaksanakan oleh KKM bermula tahun 2021,” katanya.

KKM jelas Khairy, akan membawa satu akta baharu untuk melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk vape kepada generasi yang lahir selepas tahun 2005, dikenali sebagai Generational End Game.

“Pelaksanaan ini akan mengurangkan jumlah perokok baharu dan seterusnya tiba satu masa, tiada lagi perokok di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, jumlah kes baharu kanser telah bertambah dari 10 juta pada tahun 2000 kepada 19.3 juta pada tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 93 peratus bagi tempoh dua dekad.

WHO juga meramalkan, satu dari lima lelaki dan satu dari enam wanita di dunia akan menghidap kanser.

Kematian akibat kanser juga telah meningkat dari 7 juta pada tahun 2000 kepada 10 juta pada tahun 2020, menjadikan penyakit kanser sebagai penyebab kematian kedua tertinggi di dunia.

Dalam pada itu, Khairy mengakui wujud ketidaksamaan dalam penjagaan dan rawatan kanser di negara ini, selain menjelaskan Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi adalah komponen utama dalam rawatan kanser yang perlu dipertingkatkan.

“Selain Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi, Perkhidmatan Rehabilitasi dan Penjagaan Paliatif juga belum mencukupi serta perlu dipertingkatkan,” katanya.

Malaysia ketika ini hanya mempunyai 128 pakar onkologi, masing-masing 36 di KKM, 14 di Hospital Universiti dan 78 di hospital swasta, manakala tujuh lagi sedang menunggu untuk diwartakan sebagai pakar.

Hanya enam daripada 36 Pusat Rawatan Kanser di seluruh negara adalah di bawah KKM, iaitu Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara, Hospital Sultan Ismail di Johor, Hospital Pulau Pinang, Hospital Likas di Sabah dan Hospital Umum Sarawak, manakala empat lagi di Hospital Universiti dan 27 di hospital swasta. - Getaran, 17 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

2

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Hidap Kanser: Raja Charles III Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat

4

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Tidak Semua Rakyat Malaysia Yakin Dengan Rawatan Konvensional Kanser

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029