web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Termakan Baja Tumbuhan Disyaki Punca Kematian Gajah Betina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 5:41PM

Seekor gajah betina ditemui mati di tepi jalan Empangan Pedu di Kampung Pinang, Pedu, semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Gajah betina dianggarkan seberat dua tan yang ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu berdekatan Kampung Pinang, Pedu di Padang Terap semalam disyaki termakan baja tumbuhan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah Jamalul Nasir Ibrahim berkata ia berdasarkan pandangan fizikal pihaknya yang mendapati najis gajah itu berdarah.

“Namun, untuk kita tahu punca sebenar gajah ini mati sebab apa, perlu tunggu keputusan penuh daripada pasukan forensik ibu pejabat Jabatan Perhilitan. Sampel gajah ini telah diambil untuk siasatan lanjut dan dibawa ke makmal di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jamalul Nasir berkata pengamatan pihaknya di sekitar kawasan itu mendapati terdapat stor penyimpanan baja tidak teratur dan berisiko terdedah kepada haiwan yang berkeliaran di situ.

“Jadi, saya berharap petani dan penduduk di kawasan sekitar itu dapat memastikan stor penyimpanan baja sentiasa dalam keadaan teratur dan selamat supaya tidak memudaratkan haiwan,” katanya.

Beliau berkata bangkai gajah itu telah ditanam di satu lokasi berdekatan haiwan itu ditemukan mati kira-kira 8.30 malam tadi.

Semalam, media melaporkan gajah itu ditemukan mati oleh penduduk yang keluar menoreh getah sebelum menghubungi Jabatan Perhilitan kira-kira 8.30 pagi untuk tindakan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jabatan Perhilitan Selangor Berjaya Tangkap Buaya Tasik Shah Alam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Serah Rampasan Sisik Tenggiling, Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad