web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Apa Helah SPR Gagal Bekal DPT Kepada Blok Pembangkang?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 12:00PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jabatan Pilihan Raya Pusat Parti Keadilan Rakyat (JPPPKR) mempersoalkan kredibiliti dan helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas agensi itu gagal membekalkan senarai Daftar Pemilih Tambahan (DPT) yang dikeluarkan, Disember lalu.

Pengarahnya, Fuziah Salleh berkata, DPT itu diperakui SPR pada 14 Januari lalu, namun sehingga kini parti blok pembangkang berdepan kesukaran untuk memperoleh daftar berkenaan.

“Perakuan mengenai DPT itu sudah diperakui mereka (SPR) pada 14 Januari dan pada 7 Februari lalu pula, SPR mengeluarkan senarai harga Daftar Pemilih Induk (DPI) 2021 untuk seluruh negara serta memaklumkan ia sudah sedia dibekalkan kepada semua parti politik.

“Bagaimanapun, masalahnya sampai sekarang kami (parti blok pembangkang) belum boleh membeli senarai DPT terbabit, jadi apa sebenarnya alasan mereka atas kegagalan membekalkannya selepas lebih sebulan diwartakan,” katanya menerusi kenyataan media.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan turut mempersoalkan ketelusan SPR dalam mengendalikan data itu dan meminta pihak suruhanjaya berkenaan supaya segera membekalkannya bagi tujuan semakan.

Katanya, sikap SPR itu seolah-olah melengahkan usaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti blok pembangkang lain untuk mendapatkan DPT terbabit, sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

“Adakah data itu mempunyai kesilapan atau pihak SPR memang tidak mahu parti pembangkang membeli daftar terbabit?,” katanya.

Beliau turut mendakwa menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai kekeliruan dikenal pasti dalam data dikeluarkan itu.

“Saya terima aduan mengenai data pelik-pelik sebagai pengundi, sebagai contoh ‘deceased’ dan ‘expired’ sebagai nama pemilih.

“Saya membuat semakan sendiri di laman web SPR dengan menggunakan sampel nombor kad pengenalan dari DPT dan ternyata (aduan) itu benar,” katanya.

Justeru, Fuziah menggesa SPR supaya membuat kenyataan terbuka mengenai isu berkenaan kerana ia membabitkan kredibiliti suruhanjaya itu.

Katanya, sebelum ini SPR menyediakan Rang Daftar Pemilih Tambahan secara percuma dan dipamerkan kepada orang awam.

“Kalau daftar (pemilih) tambahan ini dikhuatiri kesahihannya, bagaimana SPR boleh mewartakan data berkenaan dan adakah pilihan raya negeri Johor yang dijadualkan pada 12 Mac ini akan dikompromi keputusannya,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad