web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Sarawak Lulus Tukar Gelaran 'Ketua Menteri' Kepada 'Premier'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 5:46PM

Rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga apabila 67 ahli dewan menyokongnya dengan enam menentang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ telah diluluskan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Dibentangkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga apabila 67 ahli dewan menyokongnya dengan enam menentang.

Abdul Karim berkata pindaan itu seiring pindaan Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa minggu lepas.

Semasa menjelaskan penggunaan ‘Premier’ bagi menggantikan ‘Ketua Menteri’ di bawah Perkara 6(3) Perlembagaan Sarawak, beliau berkata ia sama seperti yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel lain.

“Ketua Persekutuan digelar sebagai Perdana Menteri dan Ketua Wilayah membentuk Persekutuan digelar Premier manakala subwilayah atau negeri lain diketuai oleh Ketua Menteri,” katanya. 

Turut dicadangkan dalam rang undang-undang itu adalah gelaran ‘Menteri Muda’ dipinda kepada ‘Timbalan Menteri’.

Abdul Karim berkata pindaan gelaran jawatan itu perlu memandangkan tanggungjawab yang mereka pegang dan laksanakan.

“Nama jawatan ‘Menteri Muda ’ ditukar kepada ‘Timbalan Menteri’ untuk lebih mencerminkan fungsi dan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Dudong) ketika membahaskan rang undang-undang itu berkata Sarawak perlu berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kuasa autonomi dengan meluluskan resolusi yang sesuai atau meminda bahagian lain yang berkaitan dalam Perlembagaan Negeri.

“Perkara melibatkan kepentingan dan hak rakyat Sarawak perlu diutamakan. Begitu juga perkara yang melibatkan pendapatan isi rumah, peluang pekerjaan dan pembangunan infrastruktur di Sarawak,” katanya.

Chong Chieng Jen (PH-Padungan) pula membangkitkan isu istilah ‘Premier’ dalam rang undang-undang itu yang boleh mengelirukan apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.

Beliau berkata dewan itu perlu membuat pendirian untuk mewujudkan istilah standard untuk gelaran ini dalam Bahasa Malaysia sebelum meneruskan untuk meluluskan rang undang-undang itu. 

Baru Bian (PSB-Ba'Kelalan) dalam perbahasannya berkata rang undang-undang itu tidak mengikut perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan pada masa ini merujuk ketua eksekutif Sarawak sebagai Ketua Menteri dan tiada mana-mana dalam undang-undang tertinggi negara bahawa jawatan itu disebut sebagai ‘Premier’ .

“Adalah lebih baik untuk mengambil langkah konkrit yang akan memberi manfaat kepada Sarawak dan rakyat Sarawak dengan ketara, daripada tergesa-gesa menukar nama yang mungkin membawa sedikit kepuasan diri tetapi akhirnya boleh dikritik kerana tidak mengikut perlembagaan,” katanya.

Fazzruddin Abdul Rahman (GPS-Tupong) berkata penukaran gelaran itu akan memberikan pengiktirafan ketua eksekutif Sarawak berbanding Ketua Menteri Melaka dan Pulau Pinang.

“Apa yang lebih penting adalah semangat di sebalik pengenalan perkataan atau gelaran baharu ini untuk menandakan perbezaan tiga rakan yang membentuk Malaysia,” tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad