web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saman Fitnah Cubaan Takutkan Orang Ramai Daripada Bersuara - Shariffa Sabrina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 2:31PM

Shariffa Sabrina Syed Akil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Aktivis alam sekitar, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menyifatkan tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi fitnah berjumlah RM1 juta yang diterimanya sebagai cubaan untuk menakutkan orang ramai daripada terus bersuara.

Menurut beliau, permohonan maaf itu seharusnya dikemukakan kerajaan negeri Pahang kepada rakyat, terutamanya mangsa banjir yang terjejas teruk pada Disember tahun lalu.

“Ini semua untuk menakutkan orang ramai supaya tidak bersuara. Saya bercakap tentang kemusnahan alam tapi dibalas dendam sebegini (disaman), sepatutnya (kerajaan negeri) panggil bermuafakat bukan begini,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Shariffa Sabrina yang juga Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) pada 8 Februari lalu menerima notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka dan saman fitnah sebanyak RM1 juta daripada kerajaan negeri Pahang.

Beliau diberi masa selama 14 hari untuk membuat permohonan maaf tersebut bermula dari tarikh notis dikeluarkan.

Bagaimanapun, sehingga kini beliau masih tidak mengeluarkan sebarang permohonan maaf sebaliknya nekad untuk berjuang di mahkamah.

“Saya akan lawan mereka di mahkamah, mereka mungkin berkuasa, tapi Allah SWT lagi berkuasa,” katanya.

Shariffa Sabrina sebelum ini lantang bersuara dan mengkritik kerajaan negeri Pahang berhubung dakwaan aktiviti pembalakan, salah guna kuasa dan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan berlakunya bencana banjir besar Disember tahun lalu. – Getaran, 15 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 54 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad