web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomoh Mengaku Tak Bersalah Cabul Pesakit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 1:58PM

Mohd Raba'ai Parman didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, atas tuduhan mencabul pesakitnya ketika memberi rawatan bulan lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Seorang lelaki warga emas yang juga seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini, atas tuduhan mencabul pesakitnya ketika memberi rawatan bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Raba'ai Parman, 66, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan cabul dengan menyapukan limau nipis dan telur ayam ke badan seorang wanita berusia 41 tahun.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di kediamannya di Bukit Rambai, di sini, kira-kira jam 9 malam, 11 Januari lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri yang mencadangkan jaminan RM4, 000, dengan mengambil kira mangsa adalah pesakit kepada tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam Senthil Ramu bagaimanapun merayu jaminan rendah, dengan alasan tidak bekerja selain perlu menanggung isteri yang kurang sihat.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3, 000 selain diarahkan tidak mengganggu serta mendekati mangsa yang juga saksi pendakwaan.

Mohamad Izwan kemudian selain 28 Mac depan untuk sebutan semula kes. – Getaran, 15 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Semasa 3 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

3

Video & Galeri 3 hari yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Semasa 4 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Sukan 15 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad