web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tembakau Punca 22 Peratus Kematian Akibat Kanser Di Malaysia 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 9:15PM

Amalkan gaya hidup sihat bagi meningkatkan kualiti kehidupan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 peratus kematian akibat kanser di negara ini berpunca daripada pengambilan produk tembakau atau aktiviti merokok.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sejumlah 21 peratus daripada rakyat Malaysia menghisap rokok tradisional, manakala lima peratus menghisap rokok elektronik (e-cigarette), seperti vape.

“Berdasarkan Kajian Morbiliti dan Kesihatan Kebangsaan, Institut Kesihatan Awam (IKU), penggunaan tembakau boleh meningkatkan risiko kanser.

“Kanser terbabit adalah kanser hidung, buah pinggang, kotak suara, hati, paru-paru, perut, pankreas, mulut, usus besar dan ovari,” menurut kenyataan bertajuk Merokok & Risiko Kanser itu yang dimuatnaik di Facebook KKM, hari ini.

Menerusi perkongsian sama, KKM menasihatkan perokok supaya menghentikan tabiat itu demi meningkatkan kualiti kehidupan.

“Berhenti merokok boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan, meningkatkan jangka hayat dan kualiti hidup.

“Katakan tidak kepada merokok. Cegah sebelum terlambat,” katanya. – Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek