web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Rempuh Polis Dan Kenderaan Awam Ditahan, Syabu Ditemui Dalam 4WD

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 9:00PM

Polis memeriksa kenderaan 4WD jenis Toyota Hilux yang dipercayai dicuri oleh seorang wanita di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Angkara membawa kenderaan curi yang tersimpan dadah, seorang wanita tempatan bertindak nekad merempuh seorang anggota polis dalam kejadian di Jalan Sepanggar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suspek, 35, yang memandu pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux turut merempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah motosikal dan sekatan jalan raya ketika cuba melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Sebuah kenderaan 4WD jenis Toyota Hilux merempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah motosikal dan sekatan jalan raya di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu pagi tadi.
Sebuah kenderaan 4WD jenis Toyota Hilux merempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah motosikal dan sekatan jalan raya di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu pagi tadi.

Difahamkan, sebelum kejadian suspek bertemu dengan pemilik sebenar kenderaan terbabit di kawasan Pasar Filipina sebelum melarikan diri.

Pemilik kenderaan itu kemudian menghubungi polis sebelum wanita tersebut berjaya dikesan di Jalan Teluk Likas.

Polis menahan seorang wanita yang merupakan suspek kes rempuh seorang anggota polis di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu pagi tadi.
Polis menahan seorang wanita yang merupakan suspek kes rempuh seorang anggota polis di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, suspek yang tidak mengendahkan arahan polis untuk berhenti turut merempuh sekatan jalan raya di kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan terus memecut ke arah Jalan Sepanggar.

"Berikutan tindakan agresif suspek, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan.

"Wanita itu kemudian berjaya ditahan dan polis turut menemui bungkusan dadah jenis syabu dalam 4WD terbabit," katanya.

George turut mengesahkan seorang anggota polis cedera akibat dirempuh suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan," katanya. - Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 6 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad