web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Kematian Baharu COVID-19, 5 BID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 11:05AM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 setakat ini adalah sebanyak 32,125 kes dengan 6,493 daripadanya adalah BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 kes kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan semalam, termasuk lima di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka kematian terkini itu menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 32,125 kes dengan 6,493 daripadanya adalah BID.

Sabah merekodkan kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Johor (4), manakala masing-masing satu di Kelantan dan Pahang.

Sebanyak 155,673 kes aktif dilaporkan di seluruh negara ketika ini dengan 143,076 atau 91.9 peratus individu menjalani kuarantin di rumah.

Sejumlah 6,118 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 6,292 dimasukkan ke hospital.

Data itu melaporkan seramai 187 individu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 109 individu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,724 kes sembuh dilaporkan semalam yang menyaksikan jumlah keseluruhan angka pulih adalah 2,852,437 setakat ini.

Menerusi laman sesawang sama, sebanyak 118,875 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, dengan 82,785 adalah dos penggalak, manakala 649 dos lengkap dan 35,441 sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan, pemberian dos di negara ini merekodkan angka 65,042,686 sejak Program Imunisasi COVID-Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, iaitu 26,257,079 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos, 25,732,151 (dua dos) dan 13,258,893 (dos penggalak).

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan sejak 3 Februari lalu pula, menyaksikan sebanyak 169,710 atau 4.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini menerima dos pertama vaksin, setakat semalam. – Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 19 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad