web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hishammuddin Terima Kompaun, Akui Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 10:59AM

Hishammuddin (kiri) bersama Hasni Mohammad (tengah) dan SA Vigneswaran pada Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan EduCity, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiada siapa yang lebih kebal daripada undang-undang, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas dikenakan kompaun kerana menghadiri Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar, semalam.

Beliau berkata, kehadirannya ke majlis tersebut adalah sebagai tetamu jemputan.

“Saya hadir sebagai tetamu dan saya terima (jemputan), memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP (prosedur operasi standard) tadi (semalam). Tapi, salah tetap salah.

“Tiada siapa yang lebih kebal daripada undang-undang termasuk saya. Ia perlu dijadikan pengajaran kepada semua,” ciapnya di Twitter, malam tadi.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengeluarkan kompaun kepada tiga pemimpin politik iaitu Hishammuddin, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Selain itu, Khairy turut mengarahkan pegawai KKM mengeluarkan kompaun kepada pemimpin utama yang hadir ke majlis sama termasuk penganjur mengikut Akta 342.

“KKM akan terus pantau SOP sempena PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor,” katanya. – Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad