web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


95 Pengunjung Pusat Hiburan Mewah Dikompaun RM95,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 2:56PM

Para pengunjung dibawa masuk ke premis melalui lif khas di tangga kecemasan. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan karaoke mewah di pusat beli belah dekat Taman Miharja, Cheras di sini diserbu tengah malam tadi.

Dalam serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu, 95 pengunjung dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Mereka termasuk 20 wanita yang sedang berhibur dalam sebahagian daripada 31 bilik di premis tersebut.

Serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), hasil maklumat awam berhubung aktiviti premis KTV di tingkat tiga, pusat beli belah berkenaan yang beroperasi sehingga awal pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) Habibi Majinji berkata, pihak polis berdepan kesukaran untuk memasuki pusat hiburan berkenaan kerana pihak pengurusan hanya membenarkan pelanggan tetap dan mereka yang membuat tempahan sahaja berbuat demikian.

Menurut beliau, pelanggan perlu meletakkan kenderaan mereka di parkir bawah tanah pusat hiburan sebelum dibawa naik ke tingkat tiga menggunakan lif khas di tangga kecemasan.

“Kami terpaksa mengepung semua laluan keluar kecemasan menuju ke dalam pusat beli-belah semasa serbuan dibuat bagi menghalang pengunjung melarikan diri.

“Selain 95 pengunjung tempatan, kita juga menahan seorang penjaga atau pengurus premis hiburan ini serta tiga lelaki dan dua wanita warga asing untuk tindakan lanjut, selain merampas resit perniagaan dan peralatan muzik,” katanya.

Jelas Habibi, keseluruhan kompaun yang dikeluarkan terhadap pengunjung tempatan  berjumlah RM95,000.

Semua tindakan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1952, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959, Peraturan 17, Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021. - Getaran, 13 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 48 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 48 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek