web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Samseng Jalanan, 15 Pengguna Jalan Raya Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 1:19PM

Operasi dijalankan di sekitar pusat bandar, Jalan Genting Klang, Jalan Loke Yew, Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Razak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 361 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Samseng Jalanan di sekitar ibu negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Supt Zulkafli Chek Lah berkata, operasi berkenaan yang diadakan pada hujung minggu itu membawa kepada penyitaan 22 motosikal yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 64 APJ 1987, kerana mengubah suai struktur kenderaan (ekzos). 

“Operasi ini telah diadakan pada 10 hingga 12 Februari oleh Unit Kuatkuasa JSPT KL dengan kekuatan 11 Pegawai Kanan dan 59 Pegawai Rendah Polis, di sekitar pusat bandar, Jalan Genting Klang, Jalan Loke Yew, Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Razak.

“Motosikal yang disita akan diambil  tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan diubah ke struktur asal,” katanya.

Menurut beliau, JSPT KL yang berkolaborasi dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan 10 saman terhadap penunggang motosikal yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Seorang penunggang motosikal berumur 16 tahun telah ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah  Seksyen 29(1) AKK 1955, iaitu memalsukan nombor pendaftaran kenderaan dan akan dituduh mengikut Seksyen 108(3)(e) APJ 1987.

“Turut ditahan ialah 14 lelaki berumur antara 25 hingga 54 tahun di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah seksyen yang sama,” katanya.

Tegas Zulkifli, JSPT KL akan  terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT KL di talian 03-20260267 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. - Getaran, 13 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad