web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perbadanan Perumahan Khas Pantau Proses Bina Rumah Mampu Milik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 7:02PM

Dr Ismail (kanan) menyampaikan sumbangan pasca banjir kepada salah seorang penerima di Maran, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARAN - Satu perbadanan khas dianggotai semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan pembinaan rumah mampu milik di seluruh negara perlu ditubuhkan segera.

Cadangan itu adalah antara usul dikemukakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ketika mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Keluarga Malaysia (MPMMKM) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Khamis lalu.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, buat masa ini terdapat kira-kira 15 agensi kerajaan yang mempunyai dasar tersendiri dalam membina projek perumahan awam kos rendah (PAKR) dan projek perumahan rakyat (PPR) hingga menyukarkan pemantauan serta penyelarasan dilakukan.

“Sekarang ini, ada lebih 15 agensi kerajaan yang membina pelbagai model rumah mengikut keperluan penduduk, sebagai contoh FELDA ada program perumahan (generasi kedua), FELCRA pun ada (program perumahan) sendiri, serta di peringkat kerajaan negeri juga masing-masing ada projek (perumahan) mampu milik untuk rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

“Jadi, kita (KPKT) merasakan terdapat keperluan untuk semua agensi kerajaan dan kerajaan negeri yang mempunyai program perumahan mampu milik boleh duduk bersama dalam satu perbadanan khas dan ia bertujuan memudahkan pemantauan pelaksanaan setiap projek (perumahan) dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan bantuan pasca banjir kepada 1,226 ketua isi rumah (KIR) dalam kawasan Parlimen Maran, di sini, hari ini.

Dr Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran memaklumkan, pengumuman kerajaan membina 500,000 unit rumah mampu milik melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah selaras dengan agenda menjadikan Malaysia sebagai negara berdaya huni.

“Disebabkan itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengadakan mesyuarat MPMMKM, kerana ia (mesyuarat) adalah platform untuk berbincang dan menyelaras proses pembinaan rumah mampu milik, selaras dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.

“Kita juga mengharapkan kerjasama daripada pemaju (perumahan) swasta dan satu insentif penggalakkan pembinaan (rumah mampu milik) boleh dipertimbangkan untuk mereka (pemaju perumahan swasta) yang sedia melaksanakan projek rumah mampu milik Keluarga Malaysia ini,” katanya. - Getaran, 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi