web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pajak Gadai Ar-Rahn Sedia RM65,000 Untuk Kakitangan, Pelanggan Terjejas Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 8:56AM

Ramilan (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada bapa kakitangan syarikat Pajak Gadai Ar-Rahn yang terbabit dalam kejadian banjir Disember lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Permodalan Kelantan Berhad (PMB) melalui anak syarikat miliknya, Pajak Gadai Ar-Rahn menyediakan peruntukan berjumlah RM65,000 bagi pelanggan dan kakitangan mereka yang terbabit dalam bencana banjir Disember lalu.

Pengagihan sumbangan itu dilakukan serentak di cawangan Ar-Rahn Bentong dan Kuantan semalam, manakala proses penyerahan bantuan di Temerloh dan Raub dibuat hari ini.

Pengurus Besar PKB, Ramilan Abdul Rahman berkata, program tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terbabit, sebagai tanda penghargaan dan rasa simpati kepada pelanggan dan kakitangannya yang terus menyokong perniagaan mereka.

Ramilan Abdul Rahman
Ramilan Abdul Rahman

“Seramai 150 penerima dan dua kakitangan kami yang terjejas teruk dalam kejadian banjir tahun lepas menerima sumbangan wang tunai serta barangan keperluan asas lain.

“Semua sumbangan ini adalah hasil dari Tabung Bantuan Mangsa Banjir dianjurkan kami yang dilancarkan awal tahun ini dan dalam masa kurang sebulan, kita berjaya mengumpul RM65,000 untuk diagihkan kepada penerima,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kepada pelanggan dan kakitangan Pajak Gadai Ar-Rahn di Bentong, semalam.

Turut hadir ialah Pengurus Sumber Manusia PKB, Anis Ismail.

Ramilan berkata, selain sumbangan diperoleh melalui transaksi dilakukan pelanggan mereka, pihaknya juga menyediakan tabung khas di semua kaunter perkhidmatan pelanggan di 33 cawangan syarikat terbabit di seluruh negara.

Ketika ditanya mengenai bantuan kepada mangsa banjir di negeri lain pula, Ramilan berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada pelanggan dan kakitangan yang berada di Pahang, memandangkan keadaan banjir di negeri ini sangat teruk.

“Kita melihat kepada situasi banjir di sini dan memandangkan ini kali pertama kita melancarkan tabung khas untuk mangsa banjir, jadi kita beri perhatian khusus kepada Pahang.

“Melihat kepada kejayaan tabung berkenaan, kita tidak menolak kemungkinan untuk mengendalikan program bantuan seumpama ini pada masa akan datang supaya dapat menyalurkan bantuan kepada lebih ramai penerima,” katanya. - Getaran, 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 14 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad