web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anti Vaksin Umpama ‘Tin Kosong’, Tidak Faham Sifat Sebenar Suntikan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak hampir setahun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, pelbagai kisah baik buruk melatari usaha itu, termasuk dakyah ‘ditabur’ golongan anti vaksin bahawa imunisasi berkenaan tidak selamat.

Tindakan tersebut semata-mata berlandaskan dakwaan, kononnya vaksin terbabit mengandungi produk tidak halal dan mikrocip yang boleh memudaratkan kesihatan serta keselamatan penerima.

Anti vaksin juga menokok tambah atau berbohong bahawa suntikan imunisasi berkenaan mempunyai kesan sampingan, bagi menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak mendaftar di bawah PICK.

Meskipun PICK berjaya mencapai peratusan imuniti kelompok disasarkan ekoran promosi berterusan kerajaan termasuk di kawasan luar bandar, anti vaksin dilihat masih mahu menegakkan benang yang basah dengan tetap mencari alasan baharu untuk mengganggu-gugat program tersebut.

Terkini, golongan itu mendakwa pemberian dos penggalak dibuat disebabkan dua dos awal diberikan sebelum ini tidak berkesan.

Pada masa sama, mereka mendakwa penerima vaksin COVID-19 berkemungkinan besar perlu mengambil lebih banyak dos selepas ini, sehingga mendatangkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai untuk menerima suntikan penggalak.

Mengulas dakyah anti vaksin itu, pakar perubatan menyifatkan mereka tak ubah seperti tin kosong, yang sama sekali tidak memberikan sebarang manfaat kepada masyarakat.

Presiden Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Profesor Dr Azizi Ayob berkata, pemberian dos penggalak sememangnya perlu atas dua kajian saintifik.

“Pertama, sifat semula jadi vaksin adalah merangsang penghasilan antibodi seseorang, tetapi ia memerlukan dua atau lebih daripada dua dos vaksin untuk memastikan kesan diberi semakin baik.

“Jadi pengambilan dos penggalak adalah perlu untuk memastikan dos terdahulu vaksin yang diterima lebih berkesan dan meningkatkan antibodi, memandangkan ia sudah diambil melebihi enam bulan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata, perkara kedua tidak difahami golongan anti vaksin ini adalah penghasilan pelbagai jenis varian, disebabkan perubahan yang berlaku pada virus itu sendiri.

“Memang sifat virus akan berubah, jadi dos penggalak itu membantu untuk menghasilkan antibodi lebih baik, tetapi bagi saya terpulanglah pada mereka kalau tak nak ambil, tetapi jangan beri dakwaan tidak berasas,” tegasnya.

Dr Azizi berkata, perkara itu boleh difahami dengan jelas menerusi data ditunjukkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Profesor Dr Azizi Ayob
Profesor Dr Azizi Ayob

Mengulas lanjut beliau berkata, sebahagian besar pesakit COVID-19 dijangkiti kerana belum mencukupkan dua dos suntikan, tidak mengambil vaksin atau tidak melengkapkannya dengan dos penggalak.

“Adakah mereka mahu nafikan fakta itu. Walaupun dengan kemungkinan ada dos ketiga dan dos keempat, ia tidak patut menjadi isu atau dipertikaikan kerana pihak KKM bukan sengaja mahu mempermainkan orang awam.

“Mereka (anti vaksin) selalu sangat nak mengaitkan dos penggalak dan dos seterusnya sebagai konspirasi untuk perniagaan, tetapi itu hanya dakwaan. Kalau mereka boleh buktikan perkara itu, buktikanlah,” katanya.

Ujar Dr Azizi, dakwaan golongan tersebut sepatutnya dipandang orang ramai sebagai tidak relevan kerana bukan berasaskan fakta, sebaliknya kenyataan sendiri untuk menakut-nakutkan masyarakat.

“Sekarang cuba tanya mereka berapa ramai orang mati sebab COVID-19, jawapannya hanya dua digit dan kurang berbanding sewaktu PICK belum dilaksanakan.

“Kenapa benda fakta dan baik mereka tak naikkan sebagai isu. Saya nampak anti vaksin ini sangat ambil kesempatan atau tidak faham bagaimana sifat semula jadi vaksin, iaitu memang tak bertahan lama dan memerlukan dos seterusnya,” katanya.

Orang ramai jelas Dr Azizi lagi, boleh merujuk kepada Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan bagi memahami kepentingan dos susulan itu untuk menghasilkan antibodi lebih berkesan dalam melawan virus.

Berdasarkan jadual imunisasi itu katanya, golongan terbabit sejak kecil sehingga persekolahan rendah menerima pelbagai  jenis vaksin, termasuk yang melebihi satu dos.

Katanya, sebagai contoh sebaik lahir, bayi akan diberikan dos pertama vaksin Hepatitis B, manakala ketika berusia dua bulan dan enam bulan, mereka akan menerima dos kedua serta dos ketiga imunisasi terbabit.

“Contoh lain adalah individu menunaikan umrah dan haji perlu mengambil dua suntikan vaksin setiap kali mengerjakan ibadah terbabit, iaitu Influenza serta Pneumokokal seperti diwajibkan kerajaan Arab Saudi kerana sifat imunisasi ini berubah mengikut musim serta tidak berpanjangan.

“Soal vaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan dan ke Makkah tidak pula golongan anti vaksin jadikan isu. Kena buka fikiran untuk tengok kenapa perlu ambil beberapa dos untuk satu vaksin sama, tak perlu pertikai,” katanya.

Ditanya adakah anti vaksin wajar dikenakan tindakan undang-undang tegas bagi memastikan mereka tidak terus mempromosikan dakyah berkenaan, Dr Azizi berkata tindakan seumpama itu sememangnya perlu diambil namun kerajaan berdepan kekangan untuk berbuat demikian dek ketiadaan dasar dan akta khusus.

“Saya berpendapat, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta) 342 yang difahamkan akan disemak semula dan dibentangkan kerajaan di Parlimen mampu menangani isu anti vaksin ini,” katanya. - Getaran 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Undang-Undang Khusus Perlu Digubal Jika Anti Vaksin Semakin Agresif Sebar Fitnah

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Rita Rudaini Dedah Pernah Menghubungi PM Tetapi Tidak Dilayan

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Tak Kisah Digelar Dajjal, Khairy Ulang Pendirian Untuk Bertegas

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Didakwa Pakai Tangkal, Khairy Sinis Bidas Anti Vaksin

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad