web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rita Rudaini Dedah Pernah Menghubungi PM Tetapi Tidak Dilayan

Pelakon yang lantang bersuara mengenai vaksin COVID-19 ini mendedahkan dia pernah menghantar mesej kepada Perdana Menteri supaya jangan diskriminasi golongan yang tidak mahu mengambil vaksin.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 9:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon sensasi, Rita Rudaini telah menyelar tindakan kerajaan yang telah mengambil keputusan untuk menangguhkan bayaran bantuan khas buat penjawat awam yang tidak lengkap vaksin.

Menerusi hantaran terbaharu pelakon filem Mami Jarum itu, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini binti Mokhtar, 45, telah berkongsi satu keratan akhbar dan mempersoalkan di mana nilai kemanusiaan pihak kerajaan kerana sanggup melakukan sedemikian rupa terhadap penjawat awam yang belum lengkap divaksinasi.

“Buat pemimpin seagama, @ismailsabri60 @khairykj,  Kenapa harus begini? Apa tidak cukup kah jasa dan pengorbanan mereka mengikut perintah anda? Cukup lah penindasan yang anda lakukan pada golongan yang menolak vaksin. Dibuang kerja, dihina, disisih, penjawat-penjawat awam diperlakukan sehina-hinanya.

“Tiada lagi tempat untuk golongan ini boleh masuk. Tiada lagi kehidupan bebas sebagai warganegara yang aman damai satu ketika dulu. Hilang hak keistimewaan, tak cukup lagi kah? Kenapa mereka-mereka yang bantu anda mencapai 95% ini diberi kata dua?,” tulisnya. 

Tulis aktres kelahiran Perlis ini lagi, dari awal pengenalan program vaksinasi COVID-19 di Malaysia, rakyat sudah diberitahu bahawa vaksin adalah tidak wajib diambil dan harus diambil secara sukarela.

“Cukup-cukuplah menipu, cukup-cukuplah beri gula-gula. Jangan jadikan mereka ini mangsa anda seterusnya. Mana letak nilai kemanusiaan? Mereka ada anak, isteri, keluarga yang perlu ditanggung.

“Mereka ada bil yang perlu dibayar. Anda tidak pernah merasa susah seperti mereka. Cuba sejenak di tempat mereka. Sudah-sudahlah memaksa. kami semua dah kritikal sejak dua tahun lepas.

“Rezeki Allah jangan disekat. Itu bukan kerja anda. Tiada undang-undang yang kata salah kalau menolak ‘uji kaji’ ini. Apa salahnya beri mereka kebebasan memilih. Badan mereka hak mereka. Badan mereka bukan hak negara.

“Berapa ramai yang terkesan? Berapa ramai yang tidak dapat meneruskan kerja kerana mengalami masalah kesihatan setelah divaksin? Berapa ramai yang meninggal?,” luahnya.

Dedah Rita lagi, dia pernah menghantar mesej panjang lebar kepada Perdana Menteri sewaktu hari perlantikan beliau supaya jangan mendiskriminasikan rakyat yang menolak vaksin. Namun mesejnya tidak berbalas.

“Mengapa dulu boleh tegur saya bila berjumpa? Kenapa sekarang tak nampak penderitaan rakyat Malaysia? Ingatlah anda pun hamba macam kami semua. Hamba pada yang satu.

“Cukuplah aniaya kami golongan yang menolak vaksin uji kaji ini. Jangan zalim sangat pada hamba-hamba Allah yang sudah berkorban untuk mencapai sasaran anda,” luahnya.

Terdahulu, sejak program vaksinasi diperkenalkan di Malaysia, Rita dan beberapa lagi selebriti lain lantang bersuara tentang keengganan mereka menjadi 'bahan uji kaji' pihak kerajaan di atas vaksin yang masih baru diperkenalkan.

Disebabkan itu, nama Rita pernah digugurkan dari membintangi drama 100 episod kerana kerajaan hanya membenarkan pelakon yang lengkap vaksinasi terlibat dengan penggambaran drama atau filem. - Getaran, 27 Disember 2021

Gambar : Instagram

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 4 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN