web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undang-Undang Khusus Perlu Digubal Jika Anti Vaksin Semakin Agresif Sebar Fitnah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saban hari ada sahaja berita palsu yang disebarkan golongan anti vaksin mengenai vaskin COVID-19.

Selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin didakwa hanya disuntik vaksin olok-olok, terbaharu anak bongsunya pula difitnah menerima suntikan kosong.

Bukan itu sahaja, petugas kesihatan turut diserang golongan tersebut sehingga ada yang diugut bunuh gara-gara mempertahankan manfaat vaksin COVID-19.

Situasi tersebut jelas menunjukkan golongan anti vaksin semakin berani menyebarkan maklumat palsu, melakukan fitnah, menghasut dan memberi pemikiran negatif kepada masyarakat.

Berikutan itu, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpendapat, kerajaan perlu menggubal undang-undang khusus terhadap golongan tersebut sekiranya keadaan semakin meruncing.

“Pada pendapat saya kalau wabak COVID-19 ini berpanjangan dan golongan ini semakin ‘kuat’, kerajaan perlu buat undang-undang khusus.

“Mungkin undang-undang untuk mengawal selia kempen anti vaksin yang boleh membawa hukuman denda. Jika kes serius, hukuman penjara boleh dikenakan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Begitu pun beliau berkata, beberapa peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan boleh digunakan ke atas individu atau kumpulan anti vaksin ketika ini.

Bagaimanapun katanya, tindakan undang-undang  hanya boleh diambil ke atas individu yang dikenal pasti mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah atau hasutan mahu pun berita palsu mengenai vaksinasi.

“Bagi keadaan ini perlu ada bukti misalnya kalau ada laporan polis dan fakta yang boleh digunakan pendakwa raya, maka kes boleh dibawa ke mahkamah.

“Jadi perlu tengok undang-undang yang bersesuaian dan sekiranya ada elemen fitnah, maka boleh digunakan undang-undang sedia ada itu.

“Jika dia anti vaksin sahaja dan tidak menyebarkan berita palsu, maka tak bolehlah.

“Kita tak ada peruntukan khusus untuk menghukum individu yang menolak vaksin,” katanya.

Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod

Walaupun tiada pendakwaan dilakukan sehingga hari ini, Nik Ahmad Kamal berpendapat, kerajaan masih lagi menggunakan pendekatan berlembut terhadap kumpulan tersebut.

“Saya tengok di internet dan Facebook banyak berita tidak betul tentang vaksin. Saya rasalah kerajaan amat berhati-hati. Menteri Kesihatan sendiri ambil pendekatan berlembut. Beliau masih mahu cuba memujuk golongan itu.

“Kerajaan juga masih beri kebebasan bersuara cuma kalau kebebasan itu disalahgunakan sehingga boleh mengugat keamanan dan kepercayaan rakyat terhadap vaksin, barulah tindakan akan diambil,” katanya.

Malah beliau berkata, kerajaan sebenarnya boleh menggubal undang-undang baharu semasa tempoh darurat bagi menangani kumpulan tersebut tetapi memilih untuk tidak melakukannya.

“Memang perbahasan ini dah timbul lama, sejak kita menerima vaksin pada 2020 lagi. Memang ada cadangan masa darurat, tapi itulah saya rasa kerajaan masih lagi menganggap bahawa pendekatan berlembut itu lebih baik.

“Kalau kita dengar komen Datuk Seri Takiyuddin Hassan sewaktu menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), beliau kata undang-undang dan akta sedia ada dah cukup untuk ambil tindakan, tak perlu ada undang-undang khusus. Kalau pun ada undang-undang baharu, paling cepat kita buat semasa tempoh darurat dulu. Namun kerajaan tidak merasakan ia satu kepentingan pada waktu itu,” katanya.

Sementara itu, Nik Ahmad Kamal berpendapat, golongan anti vaksin di negara ini sering terikut-ikut dengan hujah kumpulan anti vaksin dari luar negara meskipun fakta yang digunakan tidak tepat.

“Golongan ini mudah terpengaruh dengan berita luar negara. Jadi mereka perlu lebih terbuka untuk menerima fakta sebenar. Kajian menunjukkan vaksin ini memang membantu dan melindungi daripada jangkitan COVID-19.

“Mereka  juga perlu berhati-hati dengan kempen anti vaksin yang tidak menggunakan fakta yang betul. Kebiasaannya golongan ini akan gunakan fakta sedikit sebanyak nampak betul dan suka memperbesarkan seolah-olah vaksin itu memang bawa kesan buruk. Itulah modal yang mereka ada,” katanya. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad