web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masih Ingkar SOP, 6 Individu Dikompaun RM6,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 8:50PM

Polis menyerbu sebuah bilik pusat hiburan keluarga sebelum mendapati enam lelaki mengingkari SOP.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Enam lelaki dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dalam serbuan dijalankan pihak polis di sebuah pusat hiburan keluarga di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 11.35 malam itu, mendapati mereka sedang leka bermain daun terup dengan gagal mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak memakai topeng pelitup muka.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), IPD JBU melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan keluarga.

“Ketika anggota kita menyerbu masuk ke satu bilik dalam premis itu, kita mendapati enam lelaki warga tempatan sedang leka bermain judi menggunakan daun terup tanpa mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang masih berkuat kuasa,” katanya.

Menurut beliau, selain mengeluarkan kompaun kepada enam lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun itu, polis merampas sejumlah wang dan daun terup.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Orang ramai diingatkan bahawa pelaksanaan SOP masih berkuat kuasa seperti ketetapan PPN Fasa 4 dan mereka perlu mematuhinya demi keselamatan sejagat,” katanya. - Getaran, 11 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad