web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Digesa Henti Bohong Rakyat Sabah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 8:22PM

Hamzah, semalam menjelaskan kerajaan mempertimbangkan untuk mengeluarkan kad khas kepada PATI yang sudah lama menetap di Sabah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan digesa berhenti berbohong terhadap rakyat Sabah berhubung cadangan untuk memberikan kad khas kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.

Ketua Pemuda Parti Pertubuhan Progresif Bersatu (UPKO) Felix Joseph Saang berkata, tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin itu bercanggah dengan manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Felix Joseph Saang
Felix Joseph Saang

“Saya masih ingat ucapan Menteri Dalam Negeri (Hamzah) ketika berkempen di Kiulu pada PRN lalu yang memberi jaminan pengusiran PATI akan dilakukan jika mereka menang.

“Namun, selepas 16 bulan berkuasa, rakyat Sabah dikejutkan dengan ‘hadiah’ cadangan pemberian dokumen khas kepada PATI, seolah-olah mengiktiraf keberadaan golongan itu di sini,” katanya.

Felix berkata, sekiranya pemberian kad warga asing itu dilaksanakan, ia menunjukkan satu penipuan jelas dan nyata dilakukan kerajaan Persekutuan serta GRS kepada rakyat Sabah.

“Tindakan pengumuman pemberian kad warga asing ini juga amat meragukan, apatah lagi masyarakat mengetahui kita sedang berada pada ambang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Apakah kaedah dan terma akan diguna pakai dalam proses ini, termasuk pihak terlibat tanpa membabitkan pemberitahuan awal kepada rakyat, pembangkang dan badan bebas untuk menilai ketelusannya?,” katanya.

Semalam, Hamzah menerusi sidang media menjelaskan kerajaan mempertimbangkan untuk mengeluarkan kad khas kepada PATI yang sudah lama menetap di Sabah, termasuk kanak-kanak bagi membolehkan mereka bekerja secara sah.

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai berkata, pihaknya kekal dengan pendirian supaya PATI diusir pulang ke negara asal.

Joniston Bangkuai
Joniston Bangkuai

“Dalam masa sama, kami turut mencadangkan agar jawatankuasa bipartisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dibentuk bagi mencari penyelesaian berkesan berhubung perkara ini.

“Input daripada semua pihak berkepentingan adalah mustahak bagi memastikan tindakan diambil bagi menangani masalah terbabit, selain ia mendapat sokongan penuh dan tidak dipersoal atau dipolitikkan pihak luar,” katanya.

Tambah Joniston, sikap membandingkan cadangan awal untuk mengeluarkan Kad Pekerja Warga Asing diumumkan kerajaan dengan Pas Sementara Sabah (PSS) yang diperkenalkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) hanya merumitkan usaha menyelesaikan masalah PATI di negeri berkenaan.

“Sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, saya percaya pentadbiran GRS telus dan sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat serta negeri, sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan isu PATI.

“Malah, sebagai ‘orang asal’, saya percaya Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Nor) dan kepimpinan negeri tidak akan bersetuju dengan keputusan atau tindakan yang memudaratkan kepentingan rakyat Sabah tulen,” katanya. - Getaran, 11 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran