web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Sabah Catat 3 Kluster Pendidikan, 1 Kluster Di Tempat Kerja

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 7:56AM

Datuk Masidi Manjun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sabah mencatatkan empat lagi kluster baharu semalam iaitu tiga kluster pendidikan dan satu kluster di tempat kerja, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata kluster pendidikan iaitu Kluster Jalan Getah di Kunak melibatkan pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Katanya kes indeks didapati positif selepas menjalani ujian kerana bergejala dan saringan terhadap kontak rapat mendapati 21 orang lagi positif termasuk tiga kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif 22 kes.

“Kluster Madai 2 juga di Kunak melibatkan pelajar perempuan SMK Madai berusia 13 tahun telah menjalani saringan kerana bergejala dan disahkan positif. Jumlah kumulatif kes kluster ini 40 kes termasuk 10 kes baharu hari ini,” katanya menerusi kenyataan di sini malam tadi.

Jurucakap COVID-19 negeri itu berkata Kluster Jalan Gudon pula melibatkan pelajar SMK Bandaraya Kota Kinabalu iaitu pelajar lelaki 17 tahun didapati positif setelah menjalani saringan apabila bergejala dan jumlah kumulatif kes setakat ini ialah 22 kes termasuk lima kes baharu hari ini.

Masidi berkata kluster di tempat kerja iaitu Kluster Sutera 2 di Kota Kinabalu berpunca daripada seorang kakitangan  pengurusan di tapak pembinaan didapati positif setelah menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta kerana bergejala.

Katanya kes indeks berusia 33 tahun dan saringan ke atas kontak rapat mendapati 57 orang lagi pekerja dikesan positif.

“Semua pesakit dalam kluster berkenaan berada dalam kategori ringan dan telah diasingkan untuk diberi rawatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,969 kes, menjadikan  jumlah kumulatif sebanyak 262,901 kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad