web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gagal Seludup 20 PATI Guna Bas Persiaran, 2 Warga Tempatan Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 8:42PM

Mannadzar Nasib (kanan) menunjukkan PATI yang ditahan dalam bas persiaran menerusi operasi di hadapan sebuah pasar raya di Tanah Merah, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Tindakan dua lelaki tempatan membawa 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan menggunakan sebuah bas, tidak berjaya selepas mereka ditahan dalam operasi di hadapan sebuah pasar raya di Tanah Merah, kelmarin.

Mereka berusia 30-an itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam tadi, oleh sepasukan pegawai dan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9).

Pegawai Pemerintah PGA9, Superintendan  Mannadzar Nasib berkata, turut ditahan ialah 20 PATI warganegara Myanmar berusia di antara 15 hingga 30 tahun yang berada di atas sebuah bas persiaran.

Katanya, kesemua PATI dan dua lelaki tempatan termasuk pemandu bas dipercayai tekong ditahan, selepas pihaknya mengejar bas yang dinaiki mereka sejauh 30 kilometer (km).

“Sebelum itu, pihaknya mengesan sebuah bas persiaran dan kereta jenis BMW yang disyaki tonto di Pohon Tanjung, di sini. Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, bas dan kereta terbabit memecut laju dan cuba melanggar anggota kita.

“Anggota bertugas mengejar kereta BMW itu sehingga ke Jalan Baroh Pial menghala Tanah Merah. Ketika anggota keluar untuk membuat pemeriksaan, pemandu kereta cuba melanggar polis menyebabkan kami terpaksa melepaskan dua das tembakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit terus memecut laju dan terbabas sebelum melarikan diri.

“Bas persiaran yang dinaiki semua PATI itu berjaya dipintas di hadapan sebuah pasar raya dan hasil pemeriksaan dalam bas berkenaan mendapati, terdapat 20 warga Myanmar termasuk seorang wanita.

“Turut ditahan ialah dua lelaki tempatan termasuk pemandu bas dipercayai tekong, yang membawa PATI untuk ke Kuala Lumpur,” katanya.

Mannadzar berkata, pihaknya mendapati kesemua PATI itu diseludup masuk  menggunakan pangkalan haram di Pohon Tanjung.

Jelas beliau, sindiket membawa PATI kini  menggunakan modus operandi baharu dengan membawa mereka dengan bas persiaran dari pangkalan haram untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Bas persiaran berkenaan dirampas dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

“Kesemua PATI yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63, manakala tekong disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2007,” katanya. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 43 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek