web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ugut Sebar Gambar Bogel, 7 Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 3:07PM

Kamarul Zaman (kiri) menunjukkan gambar suspek dan modus operandi dilakukan sindiket pemerasan dan ugutan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tujuh individu ditahan selepas didapati terbabit dalam kes pemerasan dan ugutan menyebar gambar bogel bagi tujuan mendapatkan wang sejak awal tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima 367 aduan berhubung kes berkenaan.

Menurut beliau, tujuh individu itu terdiri daripada pemilik akaun bank yang digunakan untuk menerima pemindahan wang oleh mangsa

“Kegiatan kumpulan ini ditumpaskan dalam Op Bugil yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, sebelum kesemua suspek terbabit ditahan di sekitar Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

“Modus operandi kumpulan ini adalah dengan menyamar sebagai wanita dan menghubungi mangsa yang semuanya adalah lelaki menggunakan platform aplikasi sembang atas talian seperti MiChat, WeChat dan WhatsApp,” katanya.

Suspek jelasnya, akan berkenalan dengan mangsa dan memperdayakan mereka sebelum membuat panggilan video dengan aksi lucah, sambil memastikan mangsa turut beraksi bagi membolehkan perbuatan itu dirakam suspek.

“Apabila mangsa menyedari perbuatannya dirakam, suspek akan mengugut mangsa untuk menyebarkan video rakaman itu sekiranya tidak membayar jumlah yang diminta.

“Mangsa yang takut akan memasukkan sejumlah wang kepada suspek seperti diminta. Siasatan mendapati, lebih RM485,000 sudah diberikan kepada sindiket ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, semua suspek ditahan terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita, termasuk tiga rakyat Indonesia berusia antara 25 hingga 54 tahun.

Katanya, tangkapan tersebut berjaya menyelesaikan 25 kes daripada 144 kertas siasatan yang dibuka dan polis masih mengesan saki-baki ahli kumpulan terbabit.

“Kita juga masih menyiasat dan mengenal pasti lokasi yang dijadikan pusat panggilan sindiket ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 27 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Kolum 8 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad