web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Sebenar Kes Lebih Tinggi, Ada Individu ‘Elak’ Lapor Keputusan Positif

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 12:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika melihat lonjakan kes positif harian COVID-19 sejak beberapa hari lalu situasi itu ternyata amat membimbangkan.

Semalam, kes bukan sahaja kekal lima angka tetapi menunjukkan trend menaik kepada 17,134 kes berbanding 13,944 kes kelmarin.

Malah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut memberi bayangan awal bahawa kes dijangka kembali mencecah 22,000 kes menjelang akhir Mac ini.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, situasi itu tidak mustahil berlaku jika kadar kebolehjangkitan (Rt) virus itu kekal atau melebihi kadar 1.2.

Katanya, di sebalik data itu hakikatnya, kes ketika ini mungkin lebih tinggi sekiranya lebih banyak ujian pengesanan COVID-19 dilakukan di seluruh negara.

“Ya, sudah pasti. Jika semalam sahaja lebih 17,000 kes baharu direkodkan, maka angka kes sebenarnya adalah lebih tinggi daripada yang direkodkan.

“Ini berikutan sifat varian Omicron itu yang menular lebih pantas berbanding varian lain,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Namun Dr Halimatus Sakdiah berkata, apa yang menjadi kebimbangannya adalah sama ada kes dilaporkan memberi gambaran sebenar situasi melanda negara ketika ini.

Pada masa sama, beliau tidak menolak ada kalangan individu dijangkiti tidak melaporkan keputusan ujian kendiri mereka di aplikasi MySejahtera.

“Pada pendapat saya, ada kemungkinan (kes lebih tinggi) kerana kes berdasarkan individu yang menjalani ujian RTK dan maklumkan keputusan mereka di MySejahtera.

“Memang akan ada yang tak maklumkan sebab mereka enggan melalui proses kuarantin dan mahu pergi bekerja untuk mencari rezeki,” katanya.

Katanya lagi, terdapat juga individu yang positif COVID-19 tetapi tidak menjalani ujian kendiri kerana tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat
Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat

“Kedua-dua senario itu mampu menyumbang kepada jumlah kes yang lebih besar dan magnitud penularan di dalam komuniti lebih serius.

“Jadi kes memang akan meningkat tetapi yang penting kes serius tidak begitu membimbangkan,” katanya.

Diminta mengulas sama ada ‘mimpi ngeri’ pertengahan tahun lalu yang menyaksikan hospital dan unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara hampir lumpuh, Dr Halimatus Sakdiah berkata, situasi itu tidak akan berulang meskipun kes harian meningkat.

“Setakat ini tidak (berulang) dengan Omicron berdasarkan pengalaman daripada negara-negara lain yang kes jauh lebih tinggi.

“Namun jika sebaliknya berlaku atau wujud varian baharu yang menyebabkan kematian, jadi kerajaan harus pertimbang kawalan lebih ketat,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya jangan terlalu selesa dengan menganggap varian Omicron hanya mendatangkan gejala ringan.

“Rakyat secara umumnya perlu bimbang kerana risiko untuk mendapat gejala ringan atau teruk tidak sama untuk setiap individu.

“Terdapat kemungkinan jumlah dijangkiti sebenarnya lebih tinggi. Semua berpotensi dijangkiti. Jadi orang ramai perlu risau dengan keadaan sekarang dan sentiasa berjaga-jaga,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Halimatus Sakdiah turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk meminimakan risiko dijangkiti.

“Kurangkan pergerakan dan hanya keluar atau bersosial jika perlu sahaja.

“Sentiasa lakukan ujian RTK sekiranya ingin menziarahi kaum keluarga atau bercuti mahupun jika bergejala,” katanya. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar